Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB kesusasteraan; ~ Islam kesusas­teraan Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata literatur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk perkataan "Literatur Review". Adakah Sorotan Kajian Lepas atau Sorotan Literatur. Mohon nasihat

Padanan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk frasa "Literature Review" ialah Sorotan Kajian

Penyemakan dan penterjemahan26.03.2020
Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar phD daripada UKM Tajuk kajian saya adalah PENGARUH MODAL SOSIAL TERHADAP KEBOLEHUPAYAAN PEKEBUN KECIL SAWIT PERSENDIRIAN KELAB 30 TAN DI NEGERI JOHOR, MALAYSIA. Term kebolehupayaan adalah terjemahan daripada tinjauan literatur saya dalam konsep Capability/Capabilities. Dalam DBP hanya keupayaan adalah istilah rasmi (iaitu merujuk ability dalam Bahasa Inggeris) manakala kebolehupayaan wujud dalam istilah MABBIM soalan saya untuk tajuk tesis yang rasmi 1. Adakah saya perlu menukar term kepada keupayaan (istilah rasmi) atau 2. Adakah saya boleh menggunakan term kebolehupayaan mengikut istilah MABBIM terima kasihBerdasarkan semakan, istilah ability dan capability boleh dipadankan dengan istilah bahasa Melayu "kebolehan" dan "keupayaan" secara boleh ganti. Manakala, istilah "kebolehupayaan" pula tidak terakam dalam mana-mana kamus Dewan Bahasa dan Pustaka serta tidak mempunyai takrifan tersendiri. Pihak kami mencadangkan padanan bagi istilah capability dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan ialah keupayaan, kemampuan, kebolehan atau kesanggupan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah24.06.2025
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini.

1.   Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak.

Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik).

2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain.

Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru.

sekian

 

Lain-lain24.05.2010

Kembali ke atas