Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.tup] | ليتوڤ

Definisi : tertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis tersedu-sedu; melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~ kedua-dua belah bahu; terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.tup] | ليتوڤ

Definisi : rapat sekali; tidak terbuka sedikit pun: berselimut ~. melitupi menutupi rapat-rapat; menyelubungi; menyelimuti. terlitup tertudung rapat-rapat. litupan sesuatu yg melitupi: ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. pelitup penutup (badan enjin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
litup
Kata Terbitan : melitupi, terlitup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
Mana yang lebih tepat: ruang lingkup atau ruang litup ?

Kedua-duanya betul, ruang lingkup sama maknanya dengan ruang liput atau ruang litupan.

Istilah29.11.2009
1. Apakah penggunan yang betul untuk "sebagai contoh" atau "sebagai contohnya" di permulaan ayat? Sebagai contohnya, kawasan dalam jarak sepuluh meter dari tebing sungai dijadikan kawasan rizab. 2. Ayat yang sesuai untuk penggunaan "contoh" dan "contohnya". 3. Adakah senarai sesuatu perkara perlu dimulakan dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah. Contoh: Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Sekian. Terima kasih.1. Penggunaan frasa "sebagai contoh" lebih tepat kerana "nya" ialah kata ganti nama dan tidak perlu hadir dalam frasa tersebut. Dan begitu juga dalam perkataan contoh, tidak perlu contohnya. 
3. Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberikan, betul.
Tatabahasa19.11.2012

Kembali ke atas