sy nk tya soaln nie... apakah mksud ''ruang lingkup yang luas''???? | Ruang lingkup merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud liputan atau litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb). Jadi mengikut konteks ayat yang dikemukakan 'ruang lingkup yang luas bermaksud litupan atau liputan sesuatu bidang atau pengetahuan yang luas. | Makna | 25.07.2012 |
1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitif | Tiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.11.2011 |
Mana yang lebih tepat: ruang lingkup atau ruang litup ? | Kedua-duanya betul, ruang lingkup sama maknanya dengan ruang liput atau ruang litupan. | Istilah | 29.11.2009 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut: litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi liput bermaksud 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll) Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan. | Makna | 25.05.2012 |