Yang manakah ayat berikut lebih tepat ? Saya tidak pasti guna meleleh atau mengalir lebih sesuai bagi air liur. (1) Air liur saya mengalir tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi. (2) Air liur saya meleleh tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi. | Perkataan yang sesuai ialah meleleh. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Yang mana paling tepat?: a) Air liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut b) Air liur basi itu najis kerana datangnya dari perut | Air liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut. | Tatabahasa | 01.07.2012 |
Untuk bahagian badan, seperti kepala, kaki, mulut, jantung dsb, kata sendi yang betul ialah 'dari' atau 'daripada'? Contohnya: 1. Air liur mengalir keluar dari/daripada mulutnya. 2. Saya memohon maaf dari/daripada hujung kepala ke hujung kaki. 3. Darah dipam keluar dari/daripada jantung ke seluruh badan. | 1. Air liur mengalir keluar daripada mulutnya. 2. Saya memohon maaf dari hujung kepala ke hujung kaki. 3. Darah dipam keluar daripada jantung ke seluruh badan. Kata sendi nama "dari" digunakan bagi menunjukkan arah, tempat dan masa. Kata sendi nama "daripada" digunakan bagi menunjukkan sumber atau perbandingan. | Tatabahasa | 19.06.2015 |
apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan meludah | Meludah sama dengan mengeluarkan ludah (air liur). | Makna | 21.05.2010 |
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahan | Jenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta. | Lain-lain | 15.01.2015 |
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 26.02.2015 |