Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan, bortel, Daucus carota sativa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lobak merah

Puisi
 

Giling cili dibuat sambal,
     Buat gulai sayur lobak;
Sayu hati menengok kapal,
     Tenggelam timbul dipukul ombak.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum WBT. Mengapa "carrot" dipadankan dengan kata "lobak merah" yang pada asasnya berwarna jingga jika dilihat dengan mata kasar? Dalam bidang morfologi, "merah" berfungsi sebagai penerang bagi kata nama "lobak". Walaupun begitu, kata "merah" dilihat tidak sesuai untuk menerangkan kata "lobak merah" yang dipadankan dengan "carrot" dalam bahasa Inggeris. Minta penjelasan daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, terbitan DBP, 1979 telah ada perkataan carrot dan diterjemahkan kepada lobak merah, malah Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970 telah ada entri lobak dan dimasukkan juga di bawahnya lobak merah. Hal ini bermakna perkataan dan padanan lobak merah bagi carrot telah ada sekian lama tetapi tidak diketahui etimologinya dan sumber rujukan kami tidak menemukan maklumat yang berkenaan.Lain-lain25.09.2021
ada yg mempertikaikan penjodoh bilangan bg lobak merah ialah biji...keliru

Salam sejahtera,

Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang lobak. Hal ini kerana, penjodoh bilangan 'biji' digunakan pada benda-benda yang agak bulat atau bujur tetapi kecil seperti telur, buah-buahan, cawan, periuk, piring dan mangkuk. Sekiranya puan, merujuk Kamus Dewan pula,  biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian.

Makna01.11.2012
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu bagi perkataan baby carrot,Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk baby carrot. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu untuk baby carrot ialah lobak merah kecil.Istilah28.06.2011

Kembali ke atas