UNTUK KELULUSAN PAPAN TANDA. | Untuk mendapatkan perkhidmatan pengesahan iklan papan tanda premis, tuan boleh mengunjungi Kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi Menara DBP KL atau Kaunter DBP wilayah dan cawangan dengan membawa bersama-sama 2 salinan visual iklan (berwarna) yang hendak disahkan dan dikenakan bayaran RM10.00. Tuan boleh juga menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian melalui www.dbpsahbahasa.my. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan laman tersebut dan kadar bayaran yang sama dikenakan. Bukti pengesahan bahasa dalam talian diberikan dalam bentuk sijil yang dapat dicetak setelah iklan tersebut lulus. | Lain-lain | 17.04.2018 |
bagaimana hendak memohon sijil pengesahan kepada Pusat Pengedaran untuk premis saya? | Sila buat permohonan iklan dalam talian melalui http://dbpsahbahasa.my/ atau boleh datang ke kaunter pengesahan bahasa DBP di aras lobi. | Lain-lain | 12.02.2018 |
salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya. | Salam sejahtera, Tuan, Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat. Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
BAGAIMANA KAMI HENDAK MENDAPATKAN KELULUSAN UNTUK MELETAKAN SIGNBOARD UNTUK DIPAMERKAN DILUAR BANGUNAN PKNS DILAMPIRKAN BERSAMA GAMBAR SIGNBOARD | 1. Untuk mendapatkan pengesahan bahasa visual iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Sila rujuk panduan proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa 3 hari bekerja). Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. 2. Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu contohnya, PEJABAT URUSAN atau teks yang bersesuaian di bahagian paling atas sebelah kiri visual iklan. | Lain-lain | 14.01.2020 |
Assalamualaikum,saya ingin menyemak penggunaan bahasa untuk digunakan di banner kedai saya. Bagaimanakah cara cara yang perlu saya lakukan? | Untuk mendapatkan pengesahan bahasa dalam visual iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa 3 hari bekerja). Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.11.2019 |
Bagaimana cara memohon untuk membuat semakan dan pengesahan bagi gegantung yang dihasilkan oleh Bahagian ini sebelum memohon pas pelepasan daripada Majlis Bandaraya Seremban (PBT) | 1. Untuk mendapatkan pengesahan iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa 3 hari bekerja). 2. Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. | Lain-lain | 07.10.2019 |
saya ingin membuat pertanyaan perkenalan panda tanda yang terletak di permise perniagaan saya. harap dapat bantuan cara untuk permohonan. | Khidmat pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam visual iklan diberikan melalui dua (2) cara, iaitu secara dalam talian dan secara kunjungan kaunter. Untuk pengesahan dalam talian, tuan perlu mendaftar melalui portal DBP Sah Bahasa, iaitu www.dbpsahbahasa.my. Untuk pengesahan bahasa melalui kunjungan kaunter, anda boleh datang ke Kaunter Pengesahan iklan di Lobi DBP, Menara DBP KL atau di mana-mana kaunter Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak. Jika anda memerlukan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila hubungi kami melalui talian 03-2147100/200/300. | Lain-lain | 10.04.2019 |
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih | Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut. Laluan ke Presint3, Putrajaya Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260 Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Selamat Sejahtera, saya ingin meminta jasa baik pihak DBP jika ada menyimpan rekod kelulusan untuk papan iklan syarikat Study Germany Sdn. Bhd. (1285998A) Hal ini kerana kesilapan pihak kami kehilangan rekod simpanan kelulusan dari DBP,pihak kami ingin memperbaharui lesen pejabat urusan. Wakil pihak kami ada ke pejabat DBP tahun ini pada bulan April untuk mendapatkan kelulusan meletakkan papan iklan. Jenis papan iklan kami : 1.) Menganjur/tak bersinar 1 muka 2.) Menganjur/tak bersinar 2 muka 3.) Melintang/bersinar Kami amat berterima kasih jika pihak DBP dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan pihak puan membuat permohonan semula dan Untuk pengesahan segera, puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur. Puan perlu membawa 2 atau lebih salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. .Pihak kami sukar menyemak data iklan tanpa maklumat lengkap seperti tarikh, no. permohonan, alamat pemohon dan sebagainya kerana data iklan terlalu banyak. | Lain-lain | 07.10.2019 |
kenapa susah sangat untuk menggunakan perkhidmatan dalam Talian....Saya hanya ingin membuat semakkan bahasa pada papan Iklan saya...Saya menghabiskan masa berjam jam bagi tujuan tersebut...Sila mudahkan cara yang lebih ke arah mesra pelanggan.terima kasih | Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam talian ialah 3 hari bekerja dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di Aras Lobi, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut: Hari Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.30 petang Hari Jumaat: 9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang (kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am) | Lain-lain | 15.07.2019 |