Mereka risalah bagi syarikat telekomunikasi di dalam bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu pada Istilah 'local ID'.Bolehkah menggunakan terjemah 'ID Local' atau istilah 'ID Tempatan' | Istilah yang digunakan ialah ID Tempatan. | Istilah | 29.06.2011 |
APAKAH AYAT YANG SESUAI BAGI TERJEMAHAN 'SHAH ALAM VOLUNTARY LOCAL REVIEW 2021'. ADAKAH ULASAN SUKARELA TEMPATAN SHAH ALAM 2021 ATAU SHAH ALAM ULASAN SUKARELA TEMPATAN 2021 | Kami mencadangkan Shah Alam Voluntary Local Review 2021 diterjemahkan sebagai "Ulasan Sukarela Tempatan Shah Alam 2021" atau "Kajian Semula Sukarela Tempatan Shah Alam 2021". Namun, kedua-dua padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2022 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "within" dalam konteks had tempatan (local limit) dan dalam konteks bidang kuasa (jurisdiction). Contoh ayat seperti yang berikut: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. if issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate. Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan dengan padanan perkataan “within” sewajarnya diterjemahkan sebagai “dalam” atau “di dalam” mengikut konteks ayat di atas. | Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam. | Tatabahasa | 13.03.2020 |
Ayat "Every local society shall, in the manner prescribed apply to the Registrar for registration under this Act." diterjemahkan sebagai "Tiap-tiap pertubuhan perbadanan hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran di bawah Akta ini." Sama ada terjemahan teks bahasa Melayu tersebut adalah tepat dari segi tatabahasa dan sama ada penggunaan perkataan "memohon kepada" adalah betul? | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk ayat "Every local society shall, in the manner prescribed apply to the Registrar for registration under this Act." ialah Tiap-tiap pertubuhan perbadanan hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran mengikut Akta ini. | Makna | 14.07.2021 |
1. Principals advocate on local, state and national levels for policies. Apakah perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan Bahasa Inggeris "advocate" dalam konteks ayat di atas. | Cadangan kami perkataan advocate diterjemahkan kepada menyokong jika bersesuaian dengan konteks ayat yang tersebut. | Istilah | 28.01.2014 |
Salam. Apabila menyebut istilah (akronim Local Area Network), adakah sebutannya "lan", "lén", atau "él éi én" (sebutan setiap huruf)? Terima kasih. | Sebutan yang betul ialah "LAN." | Lain-lain | 04.05.2022 |
Apakah padanan Bahasa Melayu bagi 'non-registering local bank', 'sponsored closely held investment vehicles' dan 'limited life debt investment entity'? | Sila kemukakan cadangan terjemahan frasa tersebut dalam bahasa Melayu dengan mengambil kira konsep/makna frasa tersebut untuk semakan kami. Kami tidak dapat mencadangkan terjemahan kerana pihak tuan yang mengetahui konsep penggunaan frasa tersebut dalam keseluruhan teks. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.01.2015 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "within" dalam konteks had tempatan (local limit) dan dalam konteks bidang kuasa (jurisdiction). | Padanan perkataan "within" yang diberikan agak umum dan mungkin berbeza mengikut konteks dan penggunaan ayat. Mohon tuan untuk memberikan contoh ayat yang lebih lengkap agar pihak kami dapat mengenal pasti makna yang tepat mengikut kedua-dua konteks ayat tersebut. | Istilah | 12.02.2020 |
Boleh berikan istilah yang tepat bagi "sideload" Penerangan: Sideloading describes the process of transferring files between two local devices, in particular between a personal computer and a mobile device such as a mobile phone, smartphone, PDA, tablet, portable media player or e-reader. | Cadangan terjemahan bagi sideload ialah "muat sisi" | Makna | 12.04.2022 |
Tuan / Puan, Mohon semak terjemahan Bahasa Inggeris untuk istilah-istilah di bawah: 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - local National Registration Department (NRD) branches 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Office Division 3. Unit Kebajikan Penjara Institusi - Prison Institution Welfare Unit 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - Department of Social Welfare at district level 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit at headquarters 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day 7. Banduan Akhir (BA)- prisoners on death row 8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi") Terima Kasih | Untuk makluman tuan/puan, kami tidak menyemak terjemahan Bahasa Inggeris. Namun begitu, kami mencadangkan terjemahan yang berikut: 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - National Registration Department (State Branch) 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Division 3. Unit Kebajikan Institusi Penjara - Prison Welfare Unit 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - nearby District Social Welfare Office 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit for Malaysia Prisons Department Headquarters 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day 7. Banduan Akhir (BA)- inmates on death row 8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi") Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.06.2017 |