Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[log] | لوݢ

Definisi : buku yg digunakan utk menyimpan butir­butir tentang sesuatu, mis penyenggaraan kenderaan: buku ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata log


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualailum w.b.t. Yang mana satu adalah betul, "login to", "log in to", atau "log into". Perkataan ni akan digunakan di dalam ayat berikut: "Visit the company official websites directly and log into your account to update the information. " Terima kasih.

Untuk makluman, khidmat nasihat bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan BAHASA MELAYU antaranya termasuklah aspek ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah, tatabahasa dan penyemakan bahasa. Untuk penggunaan bahasa-bahasa lain, sila rujuk organisasi yang berkaitan.

Tatabahasa28.03.2011
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan tentang terjemahan yang tepat untuk ayat berikut: Please log in to your account. 1. Sila log masuk ke akaun anda. 2. Sila log masuk akaun anda. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang tepat dan lebih sesuai ialah Sila log masuk ke akaun andaTatabahasa02.12.2019
Penggunan log maduk dan kata laluan tidak mencukupi bagi menjamin keselamatan pengesahan ‘terhadap ’aktiviti transaksi perbankan Internet. Kenapa ayat di sini tidak boleh digunakan ‘terhadap’ bukannya ‘sebagai’?

Perkataan “sebagai” tidak boleh menggantikan perkataan “terhadap” dalam contoh ayat yang diberikan kerana tidak betul. Perkataan “terhadap” digunakan kerana perkataan tersebut merupakan kata sendi nama yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.

Tatabahasa24.01.2021
saya mencari peraturan penulisan untuk buku logTidak maklumat tentang peraturan penulisan buku log dalam sumber rujukan kami. Sila rujuk perpustakaan yang berhampiran untuk mendapatkan buku peraturan atau makalah yang berkaitan.Lain-lain05.01.2012
Apakah imbuhan yang betul untuk "log masuk" jika digunakan sebagai kata kerja dalam ayat aktif?Log masuk atau daftar masuk merupakan kata kerja dan tidak perlu ditambah imbuhan.Tatabahasa15.02.2015
Log masuk bagi Khidmat Nasihat DBP hanya perlu memasukkan e-mel tanpa kata laluan. Ini mendedahkan kepada isu keselamatan terhadap pengguna awam yang pernah bertanya di portal ini. Dipohon pihak DBP perkemas log masuk yang memaparkan ID Pengguna (e-mel) dan kata laluan. Ini merupakan asas bagi modul pengguna. Jika seseorang itu mengetahui e-mel saya, mereka sesuka hati boleh akses papan pemuka saya. Dan mungkin menyamar sebagai saya untuk bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Mohon ambil tindakan segera.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.


Terima kasih atas cadangan penambahbaikan sistem KNDBP. Pihak kami akan segera mengambil tindakan sewajarnya.
Lain-lain17.01.2024
Apakah istilah bahasa Melayu untuk kata nama berikut?: • check-in (atau check in) dan • login (atau log in) ? Adakah kedua-dua perkataan check dan log di sini diterjemahkan kepada daftar sahaja? Atau ada terjemahan lain untuk tiap-tiap satunya?Terjemahan yang sesuai bagi:
Check in - Daftar Masuk
Login ialah Log Masuk 
Makna13.08.2020
Assalamualaikum. Mohon pengesahan sama ada imbuhan yang digunakan untuk 'log masuk/keluar' dalam ayat berikut adalah betul. 1) Please register by logging in directly to your account. (Sila daftar dengan mengelog masuk terus ke akaun anda). 2) You have been logged out of your account. (Anda telah dilog keluar daripada akaun). Terima kasihWaalaikumussalam. Ayat yang betul atau lebih sesuai ialah

1. Untuk mendaftar, sila log masuk terus ke akaun anda.
2. Anda telah dilog keluar daripada akaun anda.
 
Penyemakan dan penterjemahan22.12.2016
saya tidak dapat log in. setelah mengisi maklumat emel, saya diberitau bahwa emel ini telah terdaftar namun untuk set semula, saya diminta ID staf yang saya tiada kerana saya bukan staf. harap maklum. bolehkah saya dibantu? terima kasihSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.  Sekiranya untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP” melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila klik Daftar Akaun bagi pengguna yang kali pertama menggunakan perkhidmatan tersebut dan klik Daftar Iklan. Jika untuk mendapatkan maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain12.11.2020
Assalamualaikum saya ingin membuat pertanyaan mengenai email log mauk saya yang belom mendapat pengaktifan.Sila hubungi pegawai sistem maklumat kami melalui talian 03-21479373.Lain-lain11.09.2015
12345678910...

Kembali ke atas