Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
loghat
Rujuk :bahasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin tahu ayat kumpulan beriku mana yang betul atau tepat: Kumpulan A 1) Dia belajar bahasa Mandarin. 2) Kami berbahasa kantonis. 3) Orang Cina Pulau Pinang petah bertutur dalam bahasa Hokkein. Kumpulan B 1) Dia belajar Mandarin 2) Kami bertutr dalam kantonis. 3) Orang Cina Pulau Piang petah bertutur dalam Hokkein. Mandarin, Hokkein, Kantonis semuanya adalah loghat Cina, sesuaikah perkataan bahasa digunakan/diletak di hadapan loghat? Terima kasih.

Encik Tan,

Perkataan bahasa hanya digunakan bagi bahasa Mandarin sahaja. Manakala bagi Hokien,Kantonis tidak diletakkan perkataan bahasa di depannya. Tetapi bagi ayat kami berbahasa/bertutur bahasa Cina dalam loghat Kantonis, Hokien dan sebagainya adalah betul.

Tatabahasa24.06.2010
Saya ada beberapa persoalan: 1.apakah ejaan sebenar bagi aplikasi ; WhatsApp? adakah dieja dengan cara nama khas? 2. bagi monolog diri, adakah tanda baca perlu diletakkan seperti dialog? 3. Adakah penggunaan loghat daerah perlu italic dalam teks seperti; hang, cek, oghe dan lain-lain lagi.

1. Ejaan yang betul ialah “WhatsApp” kerana perkataan tersebut merupakan kata nama khas.1">

2. Tidak ada format yang standard berkenaan penggunaan tanda petik dalam “monolog” dan “monolog dalaman” kerana penggunaan tersebut lebih kepada gaya penulisan. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan “tanda petik” (“/”) bagi monolog dan ‘tanda petik tunggal’ (‘/’) bagi monolog dalaman.1">

3. Penggunaan “loghat” dalam penulisan perlu ditulis dengan bentuk huruf condong kerana “loghat” bukan bahasa standard.
Lain-lain05.03.2022
1. maksud bahasa klasik, jawa, moden dan english. 2. dialek(penggunaan bahasa)1. Bahasa klasik ialah bahasa lama 2. Bahasa Jawa ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang -orang Jawa. 3. Bahasa moden ialah bahasa kini 4.Bahasa Inggeris ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang-orang Inggeris. 5. Dialek ialah (dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Untuk lebih jelas sdr. bolehlah merujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, dalam KAWAT, (laman DBP).Makna12.02.2007
1.Terangkan kenapa bahasa adalah petanda sosial? 2.huraikan fungsi bahasa.Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar.Tatabahasa30.08.2006
Saya ada dua pertanyaan. 1) Untuk kata nyokak yang terakam dalam Kamus Dewan (diletakkan Kl yang bermakna asalnya dialek Kelantan) adakah kata ini halal digunakan dalam penulisan ataupun ada kata mirip dalam kosakata Melayu baku yang saya terlepas pandang? 2) Nyokak ditakrif membongkokkan badan dan me­nyisihkan tangan (ketika berjalan di hadapan orang). Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menyisihkan tangan'? Terima kasih.

Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll).  Variasi bahasa yg. dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Penggunaan dialek dibenarkan dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dan sebagainya.

Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Untuk carian makna lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.12.2018
1. tolong jelaskan penggunaan 'yang' pada awal kata.Adakah 'yang' boleh digunakan pada awal kata ataupun tidak? 2. bolehkah menggunakan singkatan perkataan seperti tak dan nak serta ni untuk ucapan rasmi? kenapa? 3. bolehkah menggunakan bahasa tempatan dalam ucapan rasmi? contohnya adalah seperti berikut "orang Kedah kata dia mangkaq...kelakaq orangnya..."Jawapan 1:
"Yang" pada awal kata biasanya digunakan bagi rujukan kehormat untuk pembesar atau pemimpin negara.
Contohnya : Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara), Yang Amat Berbahagia (Tun dan Toh Puan), Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar). Bagi ayat biasa, perkataan "yang" tidak sesuai digunakan pada awal kata kerana perkataan  "yang" menuru Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan : rumah yang besar itu; orang yang sakit itu.

Jawapan 2:
Bagi ucapan rasmi atau berbentuk formal, perkatan "tak", "nak" dan "ni" tidak boleh digunakan dan biasanya digantikan dengan perkataan "tidak", "hendak" dan "ini" mengikut kesesuaian ayat. 

Jawapan3:
Tidak boleh menggunakan bahasa tempatan atau loghat negeri dalam ucapan rasmi.
Tatabahasa28.03.2013
Salam, bolehkah para Pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu hari ini mempertahankan bahasa Melayu dengan mengurangkan peminjaman istilah-istilah asing seperti bahasa Inggeris dan Eropah sebab bahasa-bahasa itu bukan rumpun Melayu. Jika tiada perkataan atau istilah yang sesuai untuk menterjemahkan sesuatu istilah Inggeris, ada baiknya jikalau para pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu meminjam istilah serumpun seperti bahasa Melayu Indonesia, bahasa Jawa, Arab, Filipina dan lain-lain serta ada baiknya juga jikalau dipinjam daripada istilah-istilah loghat negeri atau daerah seperti loghat Kelantan, Kedah, Johor dan jikalau tiada sekalipun, cubalah untuk mereka dan mencipta istilah baru. Untuk itu saya memberi contoh, bahasa Melayu tiada istilah "Bicycle" dalam bahasa Inggeris, lalu dipinjam menjadi ''basikal'' dan itu memang kerja menjengkelkan serta kerja mudah. Apa kata, para DBP dan tokoh bahasa Melayu berfikiran terbuka dan berdaya cipta sedikit . Jadi, dalam loghat kedah ''basikal'' disebut ''gerek''. Jadi, apa salahnya jikalau digunakan ''gerek'' untuk ''basikal'' dalam bahasa Melayu dan boleh juga mencipta istilah lain seperti ''bi'' dalam bahasa Inggeris dan ''dwi" dalam bahasa Melayu serta ''cycle'' dalam bahasa Inggeris dan ''kitar'' dalam bahasa Melayu. Jadi, tak salahkan jikalau digabungkan dua perkataan Melayu itu seperti "dwikitar'' untuk ''bicycle'' dalam bahasa Inggeris.

Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan).  Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. 1">

1"> 

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab.1">

1"> 

1.0cm;">          Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan <i>bicyclei> itu sendiri merupakan gabungan daripada <i>bii>- (bahasa Inggeris) dan <i>kuklosi> (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi <i>bicyclei>. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini.  Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.1">

Istilah06.11.2015
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia?

Di Malaysia bahasa daerah merujuk kepada loghat atau dialek. <i>Bahasa Melayui> mempunyai banyak <i>dialeki> dan setiap <i>dialeki> mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. contohnya dialek Kelantan , dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan dan sebagainya.  Sebagaimana yang kita sedia maklumsuku bangsa yang terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan suku kaum orang asli. DBP lebih menumpukan penerbitan dalam bahasa Melayu. Contoh buku bahasa sukuan yang telah diterbitkan antaranya Kamus Melanau Mukah – Bahasa Melayu dan Kamus  Bahasa Iban- Bahasa Melayu.1">

Lain-lain11.09.2017
SAYA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG BAHASA CONTOH TAKRIF BAHASA,APA DIA B.RASMI,B.KEBANGSAAN,B.PENGANTAR,B.ILMU, B.KOMUNIKASI DAN APA JUGA YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MALAYSIA DALAM ASPEK TAKRIF & KONSEP.

Kami perturunkan takrif bahasa yang ada dalam kamus dan untuk takrif yang lebih khusus atau teknikal sila rujuk buku yang berkaitan. terima kasih.

1.Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard;bahasa ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; bahasa ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; bahasa kebangsaan ialah bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; bahasa penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb).

Makna08.08.2008

Kembali ke atas