(i) Bagaimana hendak menterjemahkan "Programmable Logic Controller" ke Bahasa Melayu? (ii) Daripada bahasa apakah perkataan "kereta" berasal? | Pengawal Logik Boleh Atur Cara. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk terjemahan yang lebih tepat. Etimologi kata "kereta" tiada dalam maklumat kami. | Lain-lain | 21.12.2008 |
Salam sejahtera, Adakah "Diod Perintang" adalah terjemahan yang betul bagi "Resistance Diode"? Mohon pengesahan pihak DBP. Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah diode-resistor logic gate yang padanannya ialah get logik diod-perintang dan diode-resistor gate padanannya ialah get diod-perintang. Terjemahan yang boleh digunakan bagi perkataan resistance ialah rintangan. Puan bolehlah membuat terjemahan berdasarkan konsep yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2019 |
Salam sejahtera, Adakah "Perintang Diod" adalah terjemahan yang betul bagi "Resistance Diode"? Mohon pengesahan pihak DBP. Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah diode-resistor logic gate yang padanannya ialah get logik diod-perintang dan diode-resistor gate padanannya ialah get diod-perintang. Terjemahan yang boleh digunakan bagi perkataan resistance ialah rintangan. Puan bolehlah membuat terjemahan berdasarkan konsep yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2019 |
Chandra Cikgu Sebab apa DBP mahu meminjam dan mengubah perkataan Inggeris ke Bahasa Malaysia. misalnya: 1) Parking: Parkir (Tempat letak kereta) 2) Resolution: Resolusi (cadangan) 3) Application: Aplikasi (kegunaan) 4) Location: Lokasi (kedudukan) 5) Rational: Rasional (wajar/waras) 6) Communication: komunikasi (Perhubungan) 7) Directory: directori (buku panduan) 8) integration: integrasi (Penyatuan) 9) Logic: Logik (bernas) 10) Edition: Edisi (keluaran) yang juga digunakan dalam Kamus Oxford 11) Transformation: Transformasi (perubahan) yang juga digunakan oleh kerajaan Malaysia. Banyak lagi perkataan yang boleh dijadikan sebagai contoh yang akan meranapkan Bahasa Malaysia. Kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada DBP semata-mata, tetapi kerajaan perlu bertindak bagi memperkasakan Bahasa Malaysia. Jika terlampau banyak penerapan Bahasa Inggeris, maka akan terkuburlah nilai-nilai estetika Bahasa Malaysia. | Terima kasih Chandra Cikgu (lebih molek atau mengikuti Hukum DM Bahasa Malaysia ialah Cikgu Chandra. Amat molek kiranya kita ambil tahu bagaimana pembentukkan istilah itu dibuat sebelum ia dijadikan istilah. Ada beberapa langkah dilakukan melalui Majlis Bahasa Melayu Brunei Indonesia dan Malaysia (MABBIM), iaitu Ahli Jawatankuasa ini akan bersidang apabila wujud masalah tentang istilah yang tiada dalam bahasa Melayu khususnya apabila berlaku ledakan teknologi maklumat. Majlis ini akan merujuk kepada bahasa dialek, sukuan, bahasa serantau dan sekitar bahasa negara di bawah rumpun Melayu untuk mencari padanan yang tepat. Sekiranya tiada perkataan yang sesuai maka akan dirujuk kepada bahasa yang dekat dan yang paling hampir seperti bahasa asing. Bahasa yang paling dekat ialah bahasa Inggeris. Maka wujud serapan bahasa Inggeris dalam proses pembentukkan istilah seperti yang kita semua maklum. Sungguhpun begitu tidak bermakna kita mengambil semua perkataan dalam bahasa Inggeris. Merujuk kepada contoh perkataan yang diberikan, seharusnya kita harus peka tentang pengaruh bahasa Melayu Indonesia yang memang menggunakan perkataan tersebut. Pakir itu istilah yang diserap melalui kaedah KVKVK. Bahasa Melayu itu telahpun kukuh dengan kata serapan Belanda, Cina, Sanskrit, Arab, Inggeris dan banyak lagi. Pengubalan istilah ini digerakkan oleh negara serantau melalui MABBIM. Ramai yang tidak tahu DBP telah menghasilkan lebih daripada 100,000 istilah daripada pelbagai bidang. Antaranya Kedoktoran termasuk veterina, undang-undang, perfileman, sains dan teknologi, pertanian, ero-angkasa, budaya, kesusasteraan, agama dan banyak lagi di bawah MABBIM. Dicadangkan gunalah http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman. Mengembara laman sesawang ini utk menikmatinya sendiri. | Lain-lain | 20.01.2014 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mencadangkan istilah 'Business Care.' Berikut merupakan definisi bagi istilah tersebut dalam bahasa inggeris: A business case captures the reasoning for initiating a project or task. It is often presented in a well-structured written document, but may also sometimes come in the form of a short verbal argument or presentation. The logic of the business case is that, whenever resources such as money or effort are consumed, they should be in support of a specific business need. An example could be that a software upgrade might improve system performance, but the "business case" is that better performance would improve customer satisfaction, require less task processing time, or reduce system maintenance costs. A compelling business case adequately captures both the quantifiable and non-quantifiable characteristics of a proposed project. Business case depends on business attitude and business volume. | Berdasarkan soalan puan, terdapat dua istilah yang berbeza iaitu "business care" dan "business case". Sila nyatakan sama ada puan bertanya tentang "business care" atau "business case". | Lain-lain | 25.11.2019 |
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologi | Ejaan yang betul: 1. sepertimana 2. kuambil 3. draf 4. skim 5. pelaksanaan 6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri) 7. periuk 8. enjin 9. walaupun 10. kaset 11. professor 12. tragedi 13. televisyen 14. jawatankuasa 15. estetika 16. geran 17. logik 18. sambung 19. awet 20. batalion 21. psikologi Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my. | Ejaan | 22.12.2015 |