| Adakah frasa "menipu wang" frasa yang betul? Kerana adalah tidak lojik wang sebagai benda tak hidup boleh ditipu. Ataupun wang dalam frasa ini tidak berfungsi sebagai objek? | Frasa "menipu wang" tidak tepat dari segi semantik kerana kata kerja "menipu" lazimnya diikuti objek yang bernyawa seperti menipu orang dan menipu ibu bapa. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
| Adakah ayat ini betul? Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri. Masalahnya, ayat ini ialah ayat majmuk, jika kita menganalisi ayat ini akan terjadi: (a) Ah Kaw ialah suami isteri. (b) Ah Moi ialah suami isteri. Ayat (a) dan (b) walaupun betul dari segi tatabahasa, tetapi tidak lojik. | Ayat majmuk Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri daripada gabungan dua ayat Ah Kaw suami dan Ah Moi isteri. | Tatabahasa | 18.05.2012 |