Adakah lokaliti diterima sebagai perkataan bahasa Melayu? Apakah padanan perkataan bahasa Melayu lain yang sinonim dengan lokaliti? | Perkataan lokaliti berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu locality. Kata lokaliti sudah diterima dalam bahasa Melayu dan terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) serta daftar istilah bahasa Melayu yang boleh dicapai menerusi Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Padanan lain bagi locality ialah ketempatan. | Istilah | 15.07.2023 |
maksud perkataan lokaliti? | lokaliti membawa makna (prinsip) penempatan/(prinsip) lokaliti. | Makna | 04.03.2020 |
1. Tandatangan dieja sekaligus atau terpisah? w.apa beza lokasi dengan lokaliti? | 1. Tandatangan 2. Lokasi boleh memberi dua makna, 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan; 2. letak atau kedudukan. Manakala, lokaliti membawa makna (prinsip) penempatan/(prinsip) lokaliti. | Makna | 29.09.2014 |