Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lom.pa.tan] | لومڤتن

Definisi : 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.pa.tan] | لومڤتن

Definisi : 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Seorang peserta lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan.Perkataan 'acara' perlu ditambah sebelum 'lompat tinggi' untuk menunjukkan lompat tinggi merupakan salah satu acara dalam pertandingan sukan. Ayat yang lebih tepat ialah "Seorang peserta acara lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan.Tatabahasa30.03.2012
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan.1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 
2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat.
3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul
4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan.
5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul
Tatabahasa08.08.2012
Apakah padanan perkataan dalam BM untuk perbuatan skipping dengan tali skip?Tali skip ialah istilah bahasa Melayu untuk "skipping rope". Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "skipping", iaitu berskip, lompatan dan loncatan.Istilah26.02.2016
Adakah proses dan acara berbeza?Ya, proses dan acara mempunyai makna yang berbeza. Proses bermaksud:

1. satu siri tindakan atau operasi yang dilakukan atau yang perlu diikuti untuk membuat atau melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: Proses pelantikan perunding hendaklah dibuat mengikut prosedur. 
2. perubahan yang biasanya berlaku secara semula jadi atau tanpa disedari, biasanya melibatkan tempoh yang panjang. Contoh ayat: Kekurangan nutrisi boleh mengganggu proses tumbesaran kanak-kanak.
3. kaedah atau teknik untuk membuat atau menghasilkan sesuatu barangan, khususnya dalam industri. Contoh ayat: Proses pembuatan coklat bermula dengan mengadunkan likuor koko, gula, susu dan sebahagian lemak koko selama kira-kira 5 minit pada suhu 45°C.

Manakala acara bermaksud:

1. jenis permainan dalam sukan yang dipertandingkan, misalnya lari berganti-ganti, badminton atau menembak. Contoh ayat: Acara lompatan ialah lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah.
2. perkara yang dilaksanakan oleh masyarakat mengikut adat atau kebiasaan, misalnya semasa majlis perkahwinan atau dalam kehidupan. Contoh ayat: Pengantin lelaki menyempurnakan acara membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan sebentuk cincin.
3. bahagian atau seluruh kegiatan yan
g disusun dan dijadualkan untuk dilaksanakan bagi menjayakan sesuatu upacara, persembahan, sambutan dan sebagainya. Contoh ayat: Acara ini bermula dengan ucapan Ketua Pengarah.
4. kegiatan, program atau majlis khusus yang diadakan untuk tujuan tertentu. Contoh ayat: Acara Forum Remaja akan diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir.

Terima kasih.
Makna08.11.2024

Kembali ke atas