Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsu­nya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenar­nya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur pen­duduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk men­cegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolong­annya itu bererti memberi ~ juga kpd isteri­nya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgar (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran,
Berantonim dengan ketat

2. Dalam konteks skru, paku,
bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut,
Berantonim dengan ketat

3. Dalam konteks persahabatan
bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan,
Berantonim dengan erat

Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran,

Peribahasa

Sempit lalu,
     longgar ditokok.

Bermaksud :

Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul penggunaan kata adjektif longgar dalam ayat berikut: Persahabatan Kah Yan dan JIa Hui semakin hari semakin longgar nampaknya.Perkataan yang lebih tepat ialah renggang.

Persahabatan Kah Yan dan JIa Hui semakin hari semakin renggang.
Tatabahasa05.03.2013
AlhamduLILLAH, Berbanyak terima kasih ... maafkan saya menggunakan Bahasa Melayu yang longgar ... begitulah kiranya saya menhayati bahasa ibunda ini online ... Bertanya lagi ... apakah boleh kita terjemahkan LEADING sebagai MERAJU Jadinya LEADING LEARNING - MERAJU PEMBELAJARAN Apa pula bunyinya jikalau saya terjemahkan begini: Learning engagement - Keterlibatan pembelajaran Learning disengagement - Ketidakterlibatan pembelajaran Sekali lagi memohon maklumbalas dan berbanyak terima kasih hjhmisna * saya telah kemukakan persoalan di atas melalui emel ... mungkin di sini sepatutnya saya panjangkan ... terima kasihUntuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Perkataan "meraju" tidak ada dalam bahasa Melayu. Perkataan meneraju pembelajaran, keterlibatan pembelajaran dan ketidakterlibatan/ketakterlibatan pembelajaran adalah betul dan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep dan konteks penggunaan.Istilah30.11.2012
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk pakaian yang sudah tidak boleh dipakai kerana tidak muat. adakah ketat, sempit atau sendat? terima kasih.Ketat, sama makna dengan sempit, sendat ataupun tidak longgar. Tidak ada satu perkataan yang khusus merujuk pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat. Pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat berkemungkinan kerana ketat/sempit/sendat.Tatabahasa30.06.2008
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih.Berikut ayat-ayat yang telah dipinda.

1. Dia tersenyum  apabila disapa.
2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas.
 3. Selitkan surat ini di bawah pintu.
4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja.
5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya.
6. Mereka sepakat dengan saya.
 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri.
8. Simpulan tali itu telah longgar.
9. Tembakan itu sipi.
10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma.
Tatabahasa13.03.2013
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang)Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.Tatabahasa08.03.2011

Kembali ke atas