Soalan: Saya membersihkan longkang itu. (i) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (a) Longkang itu saya bersihkan. (b) Longkang itu kena bersihkan oleh saya. (c) Longkang itu kena saya bersihkan. (d) Longkang itu terbersihkan oleh saya. (e) Longkang itu saya terbersihkan. | Ayat pasif yang betul ialah "Longkang itu saya bersihkan". Ayat ini betul kerana mengikut rumus binaan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama. Ayat pasif yang lain tidak mengikut rumus binaan ayat pasif. | Tatabahasa | 26.10.2015 |
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih. | Ayat majmuk yang tepat ialah 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik" tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik". | Tatabahasa | 28.03.2015 |
Apakah penjodoh bilangan bila longkang? | Penjodoh bilangan bagi longkang ialah batang. | Lain-lain | 10.03.2009 |
ayat yang manakah yang betul? 1. Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang. | Bagi membezakan penggunaan me...i dan me... kan, tuan/puan boleh menggunakan rumus, iaitu apitan me ...i perlu menerima orang sebagai objek manakala apitan me..-kan menerima objek bukan orang. Tuan boleh menggunakan kata tanya siapa dan apa bagi membezakan penggunaan yang tepat. Contohnya, menamai siapa? menamakan apa? menemui siapa? menemukan apa? Ayat yang betul ialah ayat kedua: Saya menemui kucing itu di tepi longkang. | Makna | 17.04.2014 |
Ayat yang manakah betul penggunaan kata "busuk". 1. Longkang itu telah busuk benar baunya. 2. Lampin adik berbau busuk dan perlu ditukar. 3. Sisa bungan yang dibuang di longkang besar itu telah menimbulkan bau yang busuk. 4. Kamal hati busuk kerana selalu memburuk-burukkan orang lain. | Keempat-empat ayat yang diberikan menggunakan perkataan busuk yang betul. | Makna | 19.08.2014 |
pengusaha restoran itu dikehendaki -------------- daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. apakah jawapan yg paling sesuai.. memberhentikan atau menghentikan.. | Perkataan yang paling tepat ialah "berhenti". Pengusaha restoran itu dikehendaki berhenti daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. | Tatabahasa | 28.10.2013 |
Tuan, ayat di bawah ini betul atau salah? Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam. | Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Salam, Bolehkah kata hubung "lalu" digunakan pada pangkal ayat. Misalnya, "Lalu, Ali terjatuh ke dalam longkang." Jika perkataan "lalu" diletakkan selepas perkataan Ali, iaitu "Ali lalu terjatuh ke dalam longkang." Ayat tersebut gramatis? Sekian, terima kasih. | Lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Apaka perbezaan antara parit dan longkang? | Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 04.03.2010 |
saya masih kurang jelas ttg penerangan tuan... Sekiranya imbuhan apitan me...i menerima orang sbg objek manakala me....kan pula menerima objek bukan orang... maka jwpn tu spatutnya no 1... 1.Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. Imbuhan me...kan ....objeknya bkn org. Tp tuan bg jwpn no. 2... 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang. imbuhan me...i yg sptutnya objeknya ialah orang. | Untuk makluman tuan, lazimnya apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa dan apitan meN-...-kan menerima objek tidak bernyawa. Kekeliruan di sini ialah penggunaan frasa "objek orang" dan "objek bukan orang" mengambil tempat "objek bernyawa" dan "objek tidak bernyawa" Oleh itu, ayat "saya menemui kucing itu di tepi longkang" betul. Perlu diingat rumus ini tidak terpakai untuk semua keadaan kerana apitan meN-...-kan dan meN-...-i dapat dibahagiakan kepada tiga. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. | Tatabahasa | 17.04.2014 |