Apakah definisi bagi perkataan lompat? Apakah definisi bagi perkataan lonjak? | Merujuk Kamus Dewan kata "lompat dan lonjak" ialah perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan. | Makna | 01.07.2009 |
Apakah definisi bagi perkataan lompat? Apakah definisi bagi perkataan lonjak? | Merujuk Kamus Dewan kata "lompat" dan "lonjak" ialah perbuatan bergerak dengan cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dari tanah terus ke atas atau ke depan. | Makna | 01.07.2009 |
Bagaimana cara menentukan penggunaan imbuhan akhiran -kan pada perkataan yang huruf akhirnya K..contoh lonjak, banyak? | Saudara harus tahu membezakan kata yang terbentuk dengan akhiran -kan dan kata yang terbentuk daripada akhiran -an. Kata kerja yang terbentuk dengan akhiran -kan, seperti bukukan, carikan dan tunjukkan. Kata nama yang terbentuk daripada akhiran -an, seperti tamparan, lukisan dan sepakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 117 dan 183. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
maksud perkataan lonjakkan berserta contoh ayat untuk dijadikan panduan. Terima kasih. | Berdasarkan takrifan Kamus Dewan perkataan "lonjakan" 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti. Sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP. Perkhidmatan kamus dalam talian ini tidak dikenakan sebarang bayaran pada masa ini. | Makna | 23.02.2009 |
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih. | 1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa. 4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya. 5. Ayat a, b, c, dan d betul.
| Tatabahasa | 24.03.2013 |