| Salah satu cara mengajar kanak-kanak adalah melalui teknik 'look and say'. Apakah terma yang terbaik sekiranya teknik 'look and say' diterjemah? Adakah teknik pandang dan sebut? | Berdasarkan istilah dalam bidang pendidikan, look and say method padanannya dalam bahasa Melayu ialah kaedah lihat dan sebut. Huraian: Teknik pengajaran membaca yang membolehkan murid-murid mengenali seluruh perkataan sekali gus. Bagi istilah yang lain Sdr boleh melayari laman sesawang DBP dan menaipkan perkataan atau istilah yang berkaitan untuk mendapatkan padanannya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.06.2010 |
| Please look up the meaning for me of the following words:- maghfirah mardiah I could not find the meaning anywhere. Please help. Thank-you. | maghfirah: Ar ampun, maaf. (sama seperti maksud maghfirat dalam KD4) mardiah: orang yang reda (yang ikhlas dsb) | Makna | 19.08.2009 |
| operation not only look back to the old data.. | Mohon tuan/puan kemukakan soalan lengkap. Jika berkaitan penterjemahan, mohon berikan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak teks Bahasa Melayunya. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2017 |
| Salam. Bolehkah istilah "Look & feel settings" (konteks IT) diterjemahkan sebagai "Pengesetan rupa & nuansa" atau "Tetapan rupa & nuansa". Adakah terdapat istilah lain yang boleh digunakan untuk istilah bahasa Inggeris tersebut? | Cadangan lain ialah "Tetapan Rupa dan Rasa". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.05.2014 |
| Terjemahan sesuai bagi "Glassmorphism". Glassmorphism is a visual-design and is prominent in Apple design systems. Glassmorphic elements look like frosted glass.(Teknologi). | Cadangan padanan bagi istilah glassmorphism dalam bahasa Melayu ialah morfisme kaca. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.03.2025 |
| salam.. saya berminat untuk mengetahui lebih banyak mengenai dialek melayu di Malaysia. i have gone through Dr. Asmah works, Dr Majid.. do you have any suggestion list that i can look into? thank you. | Antara sarjana yang banyak membuat kajian dialek ialah Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, Prof. Dr. James T. Collins dan Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin. | Lain-lain | 20.05.2015 |
| Apakah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan maksud "Curate"? PRPM hanya menyatakan maksud dari segi kata nama, iaitu 'pembantu paderi', tetapi perkataan tersebut juga mempunyai maksud dari segi kata kerja, iaitu: Curate verb: curate; 3rd person present: curates; past tense: curated; past participle: curated; gerund or present participle: curating select, organize, and look after the items in (a collection or exhibition). "both exhibitions are curated by the Centre's director" Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat perkataan kurator daripada istilah curator, iaitu seseorang yang dilantik untuk menjaga dan menguruskan pentadbiran muzium, galeri, arkib dan sebagainya. Berdasarkan huraian yang tersebut, curate boleh ditafsirkan sebagai menjaga dan menguruskan pentadbiran muzium, galeri arkib dan sebagainya dalam konteks kata kerja. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2019 |
| Hi DBP Team, Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)"? Perkataan ETF dalam Bahasa adalah "Dana Dagangan Bursa". Cuma saya tak pasti "inverse" itu apakah terjemahannya. Contoh ayat: "Inverse ETF is designed to provide return that is the opposite performance of an index" Jika Tuan perlu pemahaman yang lebih mendalam, boleh juga melihat educational video yang Bursa published on Youtube. Tajuk: Bursa Leverage & Inverse ETF (by Bursa Marketplace, published on 7 Feb 2019) Look forward to your reply, terima kasih ya. | | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang. |
| Istilah | 15.05.2019 |
| No. Pendaftaran : 54441/2016 Syarikat : Best View Corporation Sdn Bhd Refer to the above registration no, we would like to find out why our application is rejected and why is the reason ? We had apply more than 3 times, but every time also did not given the reason why u reject. Appreciate if u could advice. We had try to call so many time to your center, but sad to tell u nobody answer the call. Look forward reply from u soon. TQ. BR, Ivy Tan 03-3343 5112 / 5113 016-967 2079 | Sila buka semula permohonan tuan dan di ruang komen terdapat kesalahan yang dinyatakan oleh petugas kami. Komen petugas kami adalah seperti yang berikut: 1. Tukar "Contact us at" kepada Hubungi kami melalui talian 2. Tukar "PICTURE FOR ILLUSTRATION PURPOSES ONLY" kepada GAMBAR UNTUK TUJUAN ILUSTRASI SAHAJA 3. Tukar "TERMS AND CONDITIONS APPLIES" kepada TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT 4. Tukar "STAY WITH US AND FEEL LIKE HOME" kepada bahasa Melayu. Sila buat pembetulan dan hantar semula visual tersebut untuk pengesahan. | Lain-lain | 05.11.2016 |
| Salam, saya ingin bertanya mengenai dua soalan. Pertama, tentang kamus Melayu-Inggeris yg tersedia dlm kamus DBP dalam talian. Adakah terdapat kamus Melayu-Inggeris setiap edisi? Macam mana utk mencari dan menggunakannya? dan adakah DBP sudah tidak menyediakan sebarang kamus Melayu-Inggeris, kamus Oxford, kamus dwibahasa yg lama dan terkini, dan lain-lain yg berkaitan? Soalan kedua, kenapa DBP kurang memerhatikan sudut istilah dan kosa kata bahasa Melayu, dan kurang berperanan dlm penyumbangan kosa kata bahasa Melayu? Terutamanya dlm "Terjemah Google" atau "Google Translate", dek " Terjemah Google" sgt meluas penggunaannya dlm masyarakat antarabangsa. Saya lihat, bahasa Indonesia mendahului drpd bahasa Melayu dlm sudut kosa katanya. Utk padanan kata "look" saja, bahasa Indonesia memiliki 19 padanan kata iaitu 7 utk kata nama dan 12 utk kata kerja, manakala bahasa Melayu hanya memiliki 4 padanan kata. Sangat mengecewakan, memandangkan bahasa Melayu itu merupakan induk, dan seharusnya lebih kaya kosa kata drpd bahasa yg dilahirkannya. Bolehkah ahli DBP cuba utk memperkenalkan, memperkayakan dan menyumbang kosa kata yg byk kpd "Terjemah Google" supaya seluruh kosa kata bahasa Melayu dikenali, dikagumi, malah bahasa kebangsaan kita dpt dimartabatkan di persada antarabangsa. Sekian, terima kasih dan salam sejahtera! | Sila rujuk lampiran | Penyelidikan | 14.07.2023 |