| Salam tuan di talian, Saya ingin mengetahui apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan Loose Sheet untuk buku yang diterbitkan dalam bentuk lembaran? Bolehkah diterjemahkan sebagai Lembaran Kerja. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera daripada tuan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk loose sheet dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah loose document (dokumen curai), loose-leaf binding (jilidan cerai), loose leaf edition (edisi helai cerai) dan loose-leaf catalogue (katalog helai cerai). Istilah untuk sheet pula ialah lapisan, helaian, kepingan dan lembaran. Padanan istilah yang dicadangkan ialah lembaran curai. | Istilah | 08.09.2011 |
| Apakah istilah yang digunakan untuk istilah 'loose alliances' :a union or association formed for mutual benefit, especially between countries or organizations. Terima Kasih. | Kami mencadangkan "sekutu bebas" atau "perikatan bebas" sebagai padanan yang tepat bagi istilah "loose alliances". | Istilah | 21.06.2020 |