Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.téng] | لوتيڠ

Definisi : (loténg) 1. tingkat rumah yg sebelah atas; kamar ~ bilik di tingkat atas rumah; 2. langit-langit rumah (dibuat drpd papan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.téng] | لوتيڠ

Definisi : /loténg/ 1 bahagian rumah di tingkat atas. 2 langit-langit rumah yg dibuat drpd papan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loteng (kata nama)
Bersinonim dengan padung, pagu, sotor, langit-langit rumah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana lebih tepat; 1) …. bermain di atas padang ATAU 2) …….. bermain di tengah padang Apakah ulasan tentangnya jika memilih Ayat 1 atau Ayat 2?

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama. Kata sendi nama merupakan bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.

 

Kedua-dua ayat tersebut betul, bergantung pada maksud dan konteks penggunaannya, seperti contoh ayat yang berikut:

i.   Ali bermain di atas padang.
ii.  Ali bermain di tengah padang.

 

Walau bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata arah, seperti contoh ayat yang berikut:

i. Ali bermain di padang.
ii. Dia naik ke loteng.

 

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan frasa sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 421 hingga 429.

Tatabahasa14.10.2025

Kembali ke atas