Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Light Rail Transit (Transit Aliran Ringan, iaitu sj rangkaian kereta api penumpang yg menggunakan kuasa elektrik yg beroperasi di bandar raya Kuala Lumpur dan juga di kawasan sekitarnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lrt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan / Puan, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat dari DBP utk nama-nama bilik di stesen LRT yang di cadangkan seperti di dalam lampiran. Di minta tuan /puan menyemak tatabahasa dan singkatan perkataan yang di gunakan. Terima kasihPembetulan:
1. Bengkel AFC
2. Bilik Bahan Cuci
Sila buat pembetulan dan kemukakan semula melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa23.06.2015
Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, KhalidUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel.Istilah07.07.2011
Ariy Alias Dec. 15 4:09PM assalamualaikum bolehkah admin dbp bantu saya bagaimana cara saya boleh pergi ke dbp menggunakan perkhidmatan komuter n lrt saya dari stesen komuter shah alam seksyen 19 sekian, terima kasihStesen Hang Tuah dan perlu berjalan kaki ke DBP (Sekitar 5 ke 7 minit sahaja) Atau boleh juga menggunakan Monorel - Stesen Maharajalela (Berjalan kaki ke DBP sekitar 5 ke 7 minit)Lain-lain15.12.2015
Chin Tsin FRI 17:24 Chin Tsin Chin Admin, Selamat Petang. Blh tanya mcm mana pergi Dwan DBP dgn pengangkutan awam? Terima kasih.Tuan boleh memilih untuk menaiki komuter atau LRT, sila rujuk laman web yang berkaitan untuk maklumat lanjut.Lain-lain30.09.2016
Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering sebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula digunapakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat parkirnya.Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya"  masih dikekalkan.Istilah31.05.2011
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin bertanya, bagaimana cara ingin pergi ke DBP dari dengan menggunkan KTM dari Serdang? Terima Kasih.Untuk makluman tuan/puan, KTM tidak mempunyai hentian yang berhampiran dengan DBP. Tuan/Puan perlu berhenti di KL Sentral terlebih dahulu. Kemudian, tuan/puan boleh mengambil LRT dan berhenti di Hentian Hang Tuah. Dari Hentian Hang Tuah, tuan/puan perlu berjalan kaki menuju ke DBP dalam anggaran masa 10-15 minit.Lain-lain05.04.2018

Kembali ke atas