Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih

Lt'">Encik Ishak,

Lt'">Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut:

Lt'">1  (a).  Untuk makluman tuan, kata Lt'">mengandung dan Lt'">mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata Lt'">mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah Lt'">mengandung kira-kira dua bulan. Manakala Lt'">mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali  itu Lt'">mengandungi maklumat yang rahsia. 

Lt'">1  (b) Kata Lt'">boleh dan Lt'">dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza.  Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila  kata dapat  digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari  dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu.

Lt'">1  (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala Lt'">banyak orang  merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Lt'"> 

Lt'">2.   C. sehingga anak cucu

Lt'">     D. sehingga malam

 

Tatabahasa13.05.2009
Assalam, Saya keliru samada perkataan 'bin' iatu bagi maksud berbapakan, adakah huruf pangkal iaitu 'b' huruf kecil/besar? cth: Lt. Kol Ahmad Bin Abdullah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah Terima kasih.Ejaan untuk 'bin' ialah huruf kecil. Ejaan untuk nama yang dikemukakan ialah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah.Ejaan02.11.2011
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas?

Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky.

Tatabahasa09.08.2010
Soalan ini berkaitan dengan ejaan nama tempat di Malaysia. Timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung laporan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bunga Pulau Pinang. Kenapa semua akhbar dan semua stesen TV menggunakan ejaan dan sebutan sebagai `Tanjung Bungah' yang sememangnya popular digunakan sejak era awal dulu. Bukankah mulai 1972 kita telah menguatkuasakan pengunaan ejaan baharu. Apa ketetapan DBP tentang hal ini. Elok juga dimaklumkan kepada semua akhbar dan stesen Radio/TV bagi mewujudkan keselearasan agar tidak berulang kesilapan. Untuk makluman, nama beberapa tempat lain juga perlu diselaraskan seperti `Simpang Ampat' di Pulau Pinang, `Simpang Anam' di Johor. Begitu juga dengan Ayer Hitam, Air Hitam dan Air Itam.Untuk makluman tuan, penentuan tatanama geografi tidak mudah kerana nama-nama khas ini dikaitkan dengan berbagai jenis konteks dan semuanya ini diselubungi emosi dan masing-masing mempertahankan tradisi tempatan. Sejak tahun 1970-an lagi, selepas Ejaan Rumi Baru Melayu diperkenalkan, kami telah menerima permintaan daripada pelbagai pihak untuk mengekalkan tradisi ejaan masing-masing. Misalnya, pengekalkan grafem yang menggunakan ejaan <ch> seperti <Cheras>, <Puchong>, dan <Kuching> yang terpaksa dikekalkan. Begitu juga dengan ejaan "Ipoh"  (sepatutnya Ipuh) yang diminta oleh Kerajaan Negeri Perak supanya dikekalkan. Kami juga mencadangkan nama-nama yang dieja menurut ejaan Inggeris seperti <Klang> dan <Trengganu> diubah menjadi Kelang dan Terengganu. Walau bagaimanapun, hanya Terengganu sahaja yang menunjukkan hasil positif. Klang tetap Klang, dan demikian juga nama-nama tempat yang serupa itu.

Berikutan hal tersebut, tatanama geografi yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asalnya. Penamaan nama tempat sekarang perlu mengikut ejaan bahasa Melayu yang telah diselaraskan. 
Lain-lain26.10.2017
Tuan, Adakah nama jawatan dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam artikel yang berikut perlu dicondongkan (italic)? ..........Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Director of Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Nama jawatan dalam bahasa Inggeris tidak ditulis dengan huruf miring (italik) tetapi mesti diterjemahkan dalam bahasa Melayu.  Ayat yang betul ialah…Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan Malayan Union Services (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Tatabahasa21.03.2014
Assalamualaikum w.b.t. Adakah perkataan "standard" boleh digunakan sebagai perkataan bahasa melayu? Terima kasih.Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari lt;/A"> untuk makna standard.Tatabahasa11.12.2013
pertanyaan saya berkaitan dengan bagaimana saya nak terbitkan sajak yang telah saya hasilkanSalam tuan,

Sajak yang dihasilkan, bolehlah dihantar kepada editor majalah DBP untuk dinilai dan dipertimbangkan penerbitannya dalam majalah terbitan DBP.

Sajak tersebut bolehlah die-melkan kepada:

Puan Yusaida binti Yusof  <yusaida@dbp.gov.my>.
Sastera15.10.2019
Salam. Apakah perkembangan terkini Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan?Salam sejahtera tuan budiman,

Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan

Berkenaan dengan perkembangan terkini Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan, Bahagian Perkamusan DBP sedang giat menjalankan usaha-usaha untuk memastikan penerbitannya pada tahun ini juga. Kami tidak dapat memberi penjelasan lebih lanjut atas faktor keselamatan. Insya-Allah pihak DBP akan membuat pengumuman rasmi setelah terbit nanti.

Sekian terima kasih.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi

"Hairani binti Mohd Khalid" <irani@dbp.gov.my>Perancang Bahasa S48

Bahagian Perkamusan

Lain-lain30.01.2020
Apakah perkataan Bahasa Malaysia yang paling sesuai untuk perkataan BI "Pillar"? Rukun, Prinsip, Teras atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Pillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari lt;/A">
Makna01.06.2017

Kembali ke atas