SAYA INGIN TAHU ISTILAH APA PERBEZAAN LUAR NEGERI DAN LUAR NEGARA.ADAKAH LUAR NEGERI ITU CONTOH PAHANG DAN PERAK DIKATAKAN LUAR NEGERI ATAU LUAR NEGERI ITU LUAR NEGERI DARIPADA LUAR NEGARA MALAYSIA. APA PULA ISTILAH LUAR NEGARA.ADAKAH LUAR NEGERI DAN LUAR NEGARA SAMA ISTILAH.SEKIAN. | Kedua-duanya boleh digunakan jika merujuk kepada negara asing. Bagi istilah"foreign" pula padanannya ialah "luar negeri". Dalam konteks negara kita Malaysia jika kita berada di Kuala Lumpur, maka luar negeri itu merujuk kepada negeri-negeri lain dalam negara. | Tatabahasa | 25.11.2010 |
1. Apa beza antara 'luar negeri' dan 'luar negara'? Didapati penggunaannya dalam sehari-hari adalah tidak konsisten. Contoh: - kementerian luar negeri - pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara - sijil pelepasan keluar negeri - kehilangan rakyat Malaysia di luar negeri - perwakilan Malaysia di luar negara 2. Bagi tujuan penulisan dokumentasi, saya berhasrat menyeragamkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut kepada 'luar negeri'. Adakah tindakan ini tepat? | 1.Luar negara bermaksud negara di luar Malaysia dan istilah ini lebih tepat untuk merujuk "foreign". Pihak kami boleh membuat teguran kepada pihak-pihak berkenaan yang tidak menggunakan istilah atau perkataan yang betul tetapi bergantung pada pihak tersebut untuk mengubahnya. 2. Istilah luar negara lebih tepat. | Lain-lain | 20.07.2010 |
di antara luar negara dan luar negeri yang manakah betul untuk menggambarkan luar dari malaysia. | Kedua-duanya betul apabila merujuk luar dari Malaysia. Kata foreign misalnya diterjemahkan kepada luar negeri dalam bahasa Melayu, walau bagaimanpun luar negara juga betul berdasarkan konteks negara. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
3 contoh Slogan 1. Bersatu Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras Kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sejahtera, Perpaduan Terbina | Untuk makluman. ketiga-tiga slogan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, slogan yeng pertama perlu diletakkan tanda koma selepas "Bersatu". Oleh itu, slopgan yang berikut adalah betul dan boleh digunakan. 1. Bersatu, Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sehajtera, Perpaduan terbina | Tatabahasa | 14.04.2014 |
Manakah yang betul? (i) melanjutkan pelajaran di luar negeri (ii) melanjutkan pelajaran di luar negara (iii) melanjutkan pelajaran ke luar negeri (iv) melanjutkan pelajaran ke luar negara | Salam sejahrtera, 'Melanjutkan pelajaran ke luar negara' merupakan frasa yang betul. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Ali akan melanjutkan pelajarannya di luar negara dalam bidang perubatan. penggunaan di luar negara betul atau ke luar negara betul? apa beza kedua-duanya? tq | Penggunaan ke luar negara betul kerana ke merupakan kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui. Manakala di pula ialah kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll. T.kasih. | Lain-lain | 04.09.2008 |
Jika Ali melanjutkan pelajaran di England? Jadi Ali dikatakan melanjutkan pelajaran ke luar negeri ATAU ke luar negara?terima kasih | Frasa yang betul ialah luar negara. | Tatabahasa | 12.04.2009 |
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih. | Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut: (1) Beratur di luar kelas murid-murid. (pendepanan seluruh predikat) (2) Beratur murid-murid di luar kelas. (pendepanan frasa kerja) (3) Di luar kelas murid-murid beratur. (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat | Tatabahasa | 22.08.2017 |
Mohon pencerahan tentang penggunaan dari dan daripada untuk frasa berikut: dari luar atau daripada luar, daripada pagi sampai malam, daripada mula lagi | Sekiranya merujuk tempat dan masa, frasa yang betul ialah "dari luar negara" dan "dari pagi sampai malam". | Lain-lain | 02.03.2016 |
Good morning, dear Sir / Madam. I would like to consult about the difference of Dasar Luar Negara and Dasar Luar Negeri. Amongst the two, may I know which one is a more accurate version for translation of foreign policy of the country? Thank you. | Salam sejahtera, Tuan, Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan luar negeri merujuk kepada negeri asing. Tiada entri yang merujuk kepada luar negara. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.07.2019 |