MAKNA PERKATAAN "SENTOSA" DAN "VILLA" SECARA TERPERINCI. | Sentosa bermaksud aman dan tenteram,bebas daripada segala bencana,sejahtera, selamat. Vila bermaksud rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1456 dan 1790. | Makna | 06.03.2008 |
1. Apakah 'outbound' contact centre di dalam Bahasa Malaysia? 2. Apakah 'inbound' contact centre di dalam Bahasa Malaysia? Tiada perkataan tersebut di dalm kamus istilah dalam talian. Terima kasih. | Cadangan bahasa Melayu bagi outbound dan inbound contact centre ialah pusat hubungan luar kota dan pusat hubungan di kota. | Istilah | 08.05.2008 |
perbezaan antara PENEMPATAN, PERTEMPATAN ATAU PETEMPATAN yang mana satu ejaan yang betul? Cth ayat : Kawasan yang satu lagi adalah kawasan PERTEMPATAN dan perniagaan lama yang berkembang sehingga ke luar jajaran Kota. | Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks kecuali pertempatan. | Tatabahasa | 15.05.2009 |
Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera. Saya amat berminat untuk mengikuti kursus Terjemahan anjuran DBP kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang penterjemahan, penyuntingan dan penulisan. Bagaimanakah prosedur untuk berbuat demikian? Sekian, terima kasih. MOHD FAIZAL BIN ABDUL GHANI GURU BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA | Untuk makluman DBP tiada menyediakan kursus penterjemahan samada untuk staf DBP dan juga pelanggan luar.Pihak tuan boleh merujuk Institut Terjemahan Negara untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus penterjemahan yang di perlukan.Terima Kasih. | Lain-lain | 06.01.2008 |
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi? | Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah: penjuru 1 kata nama 1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut. Contoh penggunaan: Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja. Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik. 2 tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk. Contoh penggunaan: Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya. 3 bahasa kiasan ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya: Contoh penggunaan: Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah. Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya. tepi kata nama 1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali. Contoh penggunaan: Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih. Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega. 2 bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu: Contoh penggunaan: Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu. 3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain. Contoh penggunaan: Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai. Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah. 4 sempadan di antara satu dengan yang lain: Contoh penggunaan: tepi hutan; tepi kota; tepi langit; 5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas: Contoh penggunaan: Tiba-tiba kakinya tersadung tepi permaidani. tepi langsir; 6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi. Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya. Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.
| Makna | 19.09.2023 |