As salam tuan dan cik di talian, Bolehkah saya mendapatkan defiinisi untuk frasa perhubungan bukan maya... (sumber buku teks pendidikan kesihatan tahun 5 terbitan DBP). Definisi untuk perhubungan maya ada dinyatakan iaitu komunikasi dalam talian yang menggunakan peralatan yang boleh disambungkan dengan Internet. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. sekian, terima kasih. | Tidak ada definisi perhubungan bukan maya dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang diberikan, perhubungan maya ditakrifkan sebagai komunikasi dalam talian, maka perhubungan bukan maya ialah komunikasi di luar talian seperti secara bertemu muka. | Tatabahasa | 21.11.2014 |
Assalamuaikum, Saya sedang dalam usaha untuk menterjamah GUIDELINES ON GOOD MANUFACTURING PRACTICE FOR TRADITIONAL MEDICINES AND HEALTH SUPPLEMENTS, 1st Edition 2008. Mohon pandangan untuk menterjemah perkataan-perkataan berikut: a) line -clearance contoh: line-clearance should be performed according to an appropriate checklist b) seals contoh: packaging of a traditional medicine or health supplement, such as ...seals, binding materials, adhesives and tapes c) off-line contoh: Special care should be taken when using cut-labels and when overprinting is carried out off-line | Cadangan terjemahan kami: a) line-clearance = garis pembersihan (jika bersesuaian dengan kosep penggunaannya) b) seals = kedap c) off-line = luar talian | Penyemakan dan penterjemahan | 01.04.2015 |
Awin Counsel Jan 29th, 11:30am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus la | Untuk makluman tuan, kami tidak akan membiarkan talian tidak berjawab melainkan pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus. | Lain-lain | 29.01.2015 |
Salam, Apakah terjemahan untuk "crowdsourcing" iaitu istilah yang digunakan dalam laman web yang menawarkan iklan-iklan kerja kepada pekerja bebas (freelancer) secara sumber luar (outsource). Juga, apakah terjemahan untuk istilah "affiliate" yang sering digunakan dalam laman web pemasaran rangkaian (network marketing) dalam talian? "Affiliate" ini merujuk kepada ahli-ahli yang mendaftar kemudian boleh mengiklankan/menjual produk-produk dari laman web pemasaran rangkaian tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk crowdsourcing. Istilah yang dicadangkan ialah khidmat luar kumpulan. Istilah bahasa Melayu untuk affiliate ialah ahli gabungan. | Istilah | 17.11.2012 |
Tuan / Puan; saya perlu menterjemah dokumen dari Bahasa Cina ke Bahasa Malaysia supaya dapat pengesahan di Kementerial LUar Negeri dan selepas itu hantar ke Embassy China untuk mengesahan sebelum hantar ke China. sila memberitahu saya dimana saya boleh menterjemah dokumen dan talian telepon. terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 16.06.2020 |
Tuan/Puan, tolong semak dan mengesahkan bahawa Iklan ini boleh dipaparkan di luar premis. | Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman web dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 05.09.2019 |
Apakah cara-cara memdapatkan buku rujukan tatabahasa untuk belajar dalam laman web? Saya tinggal di luar negara, namum tidak dapat beli buku rujukan tatabahasa edisi yang terbahru. | Sehingga kini DBP belum lagi menyediakan pembelajaran tatabahasa secara dalam talian (online). Sila rujuk institut pengajian tinggi jika ada menawarkan khidmat sedemikian. Apa yang dapat kami bantu ialah penggunaan kata dan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya melalui laman web kami. | Lain-lain | 27.06.2012 |
PAPAN TANDA LUAR PREMIS | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun bagi pelanggan baharu. Tatacara permohonan ada disediakan dalam laman web berkenaan. Sila baca dan teliti tatacara berkenaan, sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600. | Lain-lain | 08.12.2017 |
Awin Counsel Jan 29th, 11:33am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus la | Untuk makluman tuan, setiap panggilan akan dijawab melainkan jika pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus. | Lain-lain | 29.12.2014 |
Selamat Pagi. Saya difahamkan bahawa pihak DBP menyediakan perkhidmatan penterjemahan Sijil Lahir bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bolehlah tuan / puan menasihati saya tentang prosedurnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Puan boleh hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 25.11.2019 |