Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luas] | لواس

Definisi : 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuan­nya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (peman­dangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pen­didikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkem­bangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luas] | لواس

Definisi : 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman".c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Ejaan13.12.2011
salam . apa beza menghamparkan dan membentangkan. saya rujuk kamus makna sama . apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut Pak Hamid _________ permaidani yang baru dibelinya dari Iran. A membentangkan B menghamparkan C memasang.Merujuk Kamus Dewan membentangkan sama makna dengan menghamparkan, iaitu membuka sesuatu daripada gulungan atau lipatan luas-luas. Oleh itu perkataan membentangkan (A) dan Menghamparkan (B) boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa10.03.2010
1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. (apakah kesalahan ayat di atas?)

1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. - perkataan luas kurang tepat kecuali jika disabitkan kepada dalaman rumah, lazimnya rumah disebut sebagai besar.

 

Tatabahasa19.08.2010
menyebar luas atau menyebarluaskan ?Jawapan yang betul ialah menyebarluaskan.Ejaan30.03.2010
jauh pandangan, luas pengetahuanpengetahuanTatabahasa12.03.2008
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGANJAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGANLain-lain03.03.2011
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai.Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama".Tatabahasa21.04.2011
Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun Munsyi, adakah pengalaman sesuai digunakan dalam ayat ini? TKUngkapan yang lazim digunakan ialah jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Perkataan pengalaman tidak sesuai dalam ayat contoh yang diberikan.Tatabahasa05.04.2012
boleh guna " seluas dengan stadium" ataupun "sama luas dengan stadium" atau " seluas stadium"? mana betul?Yang betul ialah seluas stadium atau sama luas dengan stadium.Tatabahasa21.09.2009
sy nk tya soaln nie... apakah mksud ''ruang lingkup yang luas''????Ruang lingkup merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud liputan atau litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb). Jadi mengikut konteks ayat yang dikemukakan 'ruang lingkup yang luas bermaksud litupan atau liputan sesuatu bidang atau pengetahuan yang luas.Makna25.07.2012
12345678910

Kembali ke atas