Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luat] | لوات

Definisi : ; meluat 1. berasa hendak muntah, me­loya, meluah; 2. sangat benci, menyampah: dia ~ menengok kelakuan budak itu; kemeluatan keadaan (perasaan) meluat: dlm kebencian dan ~, aku tidak menafikan bahawa aku guru dan dia murid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luat] | لوات

Definisi : ; meluat 1 berasa hendak muntah; meloya. 2 tidak suka pd sesuatu; benci: ~ saya melihat perangai budak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luat
Kata Terbitan : meluat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih.Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. Badan Penulis20.07.2011

Kembali ke atas