Ada tak perkataan 'anekdot' dan apakah maksudnya secara terperinci? | Perkataan anekdot bermaksud kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa) atau kisah pendek yang benar, lucu, aneh dan menarik tentang sifat atau fikiran khusus seseorang tokoh. | Makna | 07.09.2009 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan kecindan | Kata kecindan bermaksud kata-kata yang lucu dan menggelikan hati. Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu. | Makna | 08.09.2024 |
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan tersebut. Namun saya berpendapat bahawa terjemahan langsung tersebut tidak begitu sesuai dan agak lucu sekiranya digunakan bagi tatapan umum. “Immersive” dalam konteks di sini bermaksud Simulator Maya yang mampu "membawa peserta masuk” ke dalam alam maya. Puas sudah saya membuat rujukan dan rasanya belum ada perkataan Bahasa Melayu yang tepat. Mungkin kita perlu “meminjam” perkataan “imersif” bagi tujuan ini. Harap dapat dipanjangkan khidmat bantuan DBP. Terima kasih. | Setelah tuan menjelaskan konteks penggunaan, DBP mencadangkan padanan bagi Immersive Virtual Simulator ialah ‘Simulator Maya’. Dalam konsep peristilahan bahasa Melayu, kita tidak perlu memberikan padanan perkataan demi perkataan sekiranya makna dalam bahasa Melayu telah difahami. Dalam buku Kamus Dewan, perkataan ‘simulator’ diberikan makna sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan). Jadi jika dibentuk istilah ‘Simulator Maya’ kita akan memahaminya sebagai sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan dalam alam maya atau dalam bahasa yang lebih mudah seolah-olah peserta berada dalam dalam maya. | Istilah | 05.05.2014 |
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy | 1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas. 4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
Tuan,tolong jelaskan cara membina yata dramatik? | Ayat dramatik tidak ada dalam pangkalan data kami. Adakah saudara maksudkan unsur dramatik? Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur saspens dan ketegangan.
| Tatabahasa | 11.07.2012 |
Tuan,bagaimanakah cara membina ayat dramatik? Sekian terima kasih. | Ayat dramatik tidak ada dalam pangkalan data kami. Adakah saudara maksudkan unsur dramatik? Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur saspens dan ketegangan.
| Tatabahasa | 11.07.2012 |
Mohon Semak Ayat dan Ejaan. Terima Kasih. --- Saya ada baju biru. Baju biru lawa. Mana baju biru? Ini baju biru. Saya suka baju biru. Saya suka baju lawa. ------ Mari baca buku. Mana buku? Itu buku. Mana buku biru? Buku biru yang baharu. Ini buku biru. Mari kita baca. --------- Bola Baharu Mana bola baharu? Ini bola. Ini bola baharu. Saya suka hati. Ada tiga bola baharu. Saya suka hati. ----- Mari Kira Mari kira bola. Satu bola, dua bola, tiga bola. Mari kita kira. Satu bola, dua bola, tiga bola, empat bola dan lima bola. Saya suka hati. -------- Hari Rabu Saya suka hari Rabu. Hari Rabu ada cerita lucu. Saya geli hati. Saya lari-lari. Saya menari-nari. Saya suka hati. --------- | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakn soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 30.06.2010 |
Adab dahulu, baru ilmu ATAU Adab dulu, baru ilmu ATAU Adab dahulu baharu ilmu? | Perkataan “dulu” dan “dahulu” membawa maksud yang sama, iaitu antaranya merujuk kepada masa yang lalu, sebelum melakukan perkara yang lain, lebih awal atau lebih cepat dan sebagainya. Oleh yang demikian, penggunaan perkataan “dulu” atau “dahulu” boleh digunakan dalam ayat yang diberikan berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 549 - 550 dan 466 - 467. Perkataan “baru” atau “baharu” membawa maksud yang sama, namun perlu digunakan bersesuaian dengan konteks tertentu dalam ayat. Ayat “Adab dahulu, baru ilmu.” dicadangkan untuk digunakan berdasarkan contoh rujukan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 213. Antara contoh lain bagi penggunaan perkataan “baru-baru” dan “baru” ialah “Dia teringat kisah lucu ketika baru-baru berumah tangga dahulu.” dan “Peristiwa itu baru sahaja berlaku semalam.”, manakala contoh penggunaan perkataan “baharu” ialah “Pembukaan kawasan penempatan baharu yang lebih tersusun.” dan “Seramai 230 orang pelajar baharu telah mendaftar di institusi berkenaan.” Sila rujuk juga halaman 176, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021).
| Tatabahasa | 05.09.2025 |
Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah | Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah Frasa "Nota Lutut" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam bidang penerbitan DBP menggunakan istilah seperti nota kaki, nota sisi, nota teks, nota hujung dan anekdot. DBP berpendapat istilah "anekdot" yang sedia ada dalam penerbitan yang merujuk pada "kisah yang ringkas tentang sesuatu kejadian kebiasaannya agak lucu" boleh digunakan untuk merujuk konsep "nota lutut". Selain itu, "catatan" atau "nota" juga boleh digunakan. DBP akan mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan istilah ini daripada pihak yang berkenaan dan akan menghubungi puan. | Makna | 31.12.2013 |