Sesetengah "pakar bahasa' mengatakan bahawa "baharu"membawa maksud "new' dan "baru" pula bermaksud "just,just now',oleh itu,hanya "Tahun Baharu' boleh digunakan dan "Tahun Baru" adalah tidak baku.Betulkah kenyataan ini? sekian terima kasih. Lui Lep Ming | Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baharu bukan menggantikan kata baru tetapi ialah variasi kepada kata tersebut. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Oleh yang demikian penggunaan 'Tahun Baharu' dan 'Tahun Baru' kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2011 |
assalamualaikum, menaiki or mengambil lif?? mana yang betul eh? | Waalaikumussalam... Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dan lain-lain), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai, atau memasuki rumah melalui tangga manakala mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya, memungut sesuatu yg ada di bawah, menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak), memerlukan; memakan, mendapatkan sesuatu (seperti sukatan, bacaan), atau menerima orang untuk bekerja. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah menggunakan lif. | Tatabahasa | 01.04.2019 |
Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas atau menaiki jejantas. menaiki jejantas boleh? biasanya menggunakan jejantas | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dll), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai atau memasuki rumah melalui tangga. Maka ayat yang betul ialah "Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas jalan" atau "Saya selalu menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya" | Tatabahasa | 15.05.2019 |
Tuan, 1."melawat" perlu diikuti dengan "ke' atau tidak? cth: melawat zoo/melawat ke zoo 2."oleh kerana' bolehkah digunakan sebagai kata hubung atau tidak? 3. "mengenai"/"mengenai dengan" boleh digunakan sebagai kata sendi atau tidak? 4. tahun baru atau tahun baharu? apakah perbezaan antara :baru" dan "baharu? sekian terima kasih. yang benar lui lep ming | 1. Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, cotohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, contohnya: melawat ke Zoo Negara. 2. Penggunaan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan salah, bentuk yang betulialah oleh sebab. Kata sendi nama "oleh" mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama sedangkan kerana buka kata nama tetapi kata hubung keterangan. 3. Mengenai bukan kata sendi tetapi tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. 4. Kata baru dan baharu, kedua-duanya sama makna dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.05.2008 |