1) Ibu mencincang daging sehingga lumat. Atau; 2) Ibu mencencang daging sehingga lumat. | Perkataan mencencang dan mencincang dalam kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. - Ibu mencencang daging sehingga lumat.
- Ibu mencincang daging sehingga lumat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2022) halaman 414 dan 436 atau layari laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP melalui https://prpm.dbp.gov.my/. | Tatabahasa | 02.11.2024 |
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali. | 1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. 2. Soalan kedua sukar difahami. Minta maaf. | Lain-lain | 21.09.2014 |
Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur. | Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
salam, antara kata adjektif berikut, yang manakah lebih sesuai? 1. Nenek mengisar cili itu sehingga halus. 2. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 3. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. Dan jika saya ingin gunakan no.1 adakah ayat saya salah? Terima kasih. | Ayat yang betul seperti berikut: 1. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 2. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. | Tatabahasa | 14.05.2013 |