“pendapatan lumayan” “pendapatan tinggi”...adakah kedua-kedua ini betul? | Ayat pendapatan lumayan ini betul dari aspek tatabahasanya, manakala ayat yang betul untuk pendapatan tinggi ialah berpendapatan tinggi. | Lain-lain | 07.10.2020 |
sungguhpun gaji ali agak lumayan,namun perbelanjaan bulanannya tidak..........kerana dia banyak berhutang. . a.Berkecukupan atau mencukupi | Sungguhpun gaji ali agak lumayan, namun perbelanjaan bulanannya tidak mencukupi kerana dia banyak berhutang. | Tatabahasa | 19.05.2014 |
Bapa saya mempunyai pengetahuan yang _____ dalam bidang perubatan tradisional. Manakah yang lebih sesuai ? tinggi, dalam, meluas, lumayan, atau apa lagi perkataan yang tepat ? | Bapa saya mempunyai pengetahuan yang _____ dalam bidang perubatan tradisional. Manakah yang lebih sesuai ? tinggi, dalam, meluas, lumayan, atau apa lagi perkataan yang tepat ? Jawapan: Jawapan yang tepat bagi ayat ini ialah "luas". | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih. | 1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek (dengan hasil jualan tersebut) - predikat 2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Mohon pengesahan terjemahan bagi ayat berikut : "Win Big When You Shop" Cadangan 1. Menangilah Hadiah Besar Apabila Anda Membeli-Belah Cadangan 2. Menang Besar Apabila Anda Membeli-Belah Terima kasih | Kami mencadangkan ungkapan tersebut diterjemahkan kepada "Menangilah Hadiah Lumayan Apabila Anda Membeli-belah" atau "Hadiah Lumayan Menanti Anda". | Penyemakan dan penterjemahan | 08.05.2014 |
1)Mak Eton menggelek adunan kuih itu sehingga sebati.2)Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuaah kerana akan menikmati pendapatan yang lumayan.(ADA SALAH TAK?) | Saudara Ho, Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul dari aspek tatabahasanya, namun untuk ayat yang kedua lebih gramatis jika 'Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuah, kerana akan menikmati pendapatan lumayan.' | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Saya keliru ayat untuk soalan ujian Di bawah betul atau salah. Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda gemarkan kerja-kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan. Dalam ayat ini,Ada kata bilangan jamak Dan menggunakan kata Ganda kerja-kerja. Harap dapat membantu dengan penjelasan. | Ayat yang betul ialah “Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda menggemari kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan.”. Kata jamak ramai pemuda betul kerana ramai telah merujuk bilangan lebih daripada seorang pemuda. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian kata bilangan Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 287. Kerja-kerja bercucuk tanam digantikan dengan kerja bercucuk tanam sahaja kerana perkataan “kerja” merujuk kepada perbuatan bercucuk tanam. | Tatabahasa | 18.01.2024 |
JAWATAN KOSONG PACKERS / PEMBUNGKUS (Lelaki / Perempuan) Sepenuh Masa/ Separuh Masa Menawarkan gaji yang lumayan Tempat bekerja yang berhawa dingin Pekerja Perempuan di alu- alukan Minimum SPM Sila datang dan membawa bersama sijil-sijil yang berkaitan ke : Jadi Imaging Technologies Sdn Bhd Lot 719, Jalan Kapar/ KU 6, Kawasan Industri Klang Utama, 41200, Klang, Selangor. Tel : 03-32905134/ 32905148/ 78040333 | Sila kemukakan soalan anda. | Lain-lain | 23.05.2014 |
Apakah contoh ayat yang sesuai untuk perkataan 'profesion, profesional dan profesionalisme' | Contoh ayat profesion ialah, "Profesion sebagai jurureka dalaman mampu memberikan hasil yang lumayan pada pengamalnya". Manakala profesional pula ialah, "Dia amat profesiona dan tidak pernah mencampuradukkan urusan peribadi dengan urusan kerja". Contoh perkataan profesionalisme pula ialah, "Profesionalisme perkhidmatan guru perlu dipertingkatkan kerana profesion ini melibatkan pembinaan insan". | Lain-lain | 08.09.2022 |
Mohon kelulusan input banner berikut : JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN | Permohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih
| Lain-lain | 08.06.2017 |