Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.ba] | لومبا

Definisi : perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu; berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, ber­lawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba­-lumba mencapai kemajuan; memperlumbakan menyebabkan (membiar­kan) berlumba; perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (ber­lari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba): pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.ba] | لومبا

Definisi : peraduan kecepatan (berlari, berkuda dll): ~ kuda; ~ lari. berlumba berlawan siapa yg dahulu (sampai, siap dll); berdahulu-dahuluan; beradu cepat: Mereka ~ mencari kekayaan. memperlumbakan membuat supaya berlumba. perlumbaan 1 perbuatan atau hal berlumba: ~ jalan kaki. 2 tempat (gelanggang) berlumba. pelumba orang yg berlumba: Seorang ~ motosikal telah mati dlm kemalangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumba (kata nama)
Bersinonim dengan perlawanan, peraduan, pertandingan;,
Kata Terbitan : berlumba-lumba, berlumba-lumbaan, memperlumbakan, perlumbaan,

Puisi
 

Lumba-lumba bermain gelombang,
     Cuaca redup tengah hari;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan untuk bottlenose dolphinPadanan yang sesuai ialah Dolfin Bottlenose atau Ikan Lumba-lumba BottlenoseLain-lain13.09.2017
Merujuk jawapan tuan bagi soalan 31.`saya sedang berlatih lumba berlari. Merujuk kamus Dewan m/s 965. `lumba lari` adalah lebih tepat. Apakah pendapat tuan ?Yang betul ialah "saya sedang berlatih lumba lari", kerana lumba lari ialah kata nama yang tidak memerlukan imbuhan.Tatabahasa18.04.2009
apakah yang dimaksudkan dengan lumba haramMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan lumba bermaksud perlawanan beradu cepat. Perkataan haram bermaksud ditegah(terlarang) oleh undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu lumba haram bermaksud perlawanan yang ditegah oleh undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang.    Makna10.04.2008
Bolehkah anda pastikan kesalahan dalam ayat ini? Alif dan Kumaran membincangkan tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka.

Ayat yang betul ialah : Alif dan Kumaran membincangkan masalah lumba haram  yang berlaku di kampung mereka ataupun Alif dan Kumaran berbincang tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja, halaman 150.

Tatabahasa13.12.2010
Padanan untuk drifting dalam bidang lumba kereta.Salam sejahtera,

Setakat ini, belum ada padanan perkataan drifting dalam bidang lumba kereta.

Tuan boleh menjadikan perkataan tersebut italik.

Pihak kami akan memaklumkan kepada tuan sekiranya sudah ada padanan dalam bahasa Melayu.

Sekian, terima kasih.
Istilah23.09.2018
Selalunya kami saling berlumba-lumba untuk menyudahi sesuatu kerja. munsyi, adakah ayat ini salah dari segi gramatisnya? tkAyat tersebut tidak gramatis, penggunaan yang betul ialah saling berlumba atau berlumba-lumba.Tatabahasa16.04.2012
1.penggunaan antaranya termasuklah 2. 'antaranya termasuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya.' ayat ini betul atau salah?^^Ayat yang betul ialah antaranya termasuklah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainyaTatabahasa02.06.2016
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
1)Adakah ayat ini betul? Antara permainan yang diadakan adalah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah perkataan 'antara' berada di awal ayat.sekiranya tidak boleh kenapa? Betulkah penggunaan kata 'adalah' dalam ayat ini? Terangkan perbezaan antara penggunaan 'ialah' dengan 'adalah'? 2)Acara sukan yang dipertandingkan ialah seperti lari dalam guni, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah 'ialah seperti hadir secara serentak?kenapa?Antara boleh hadir pada permulaan ayat, manakala adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Antara permainan yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi". Untuk makluman saudara kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti ayat contoh tersebut.Tatabahasa02.05.2012
Apakah terjemahan perkataan yang bersesuaian bagi perkataan 'sweepstake'? Dalam Kamus Dwibahasa DBP perkataan tersebut diterjemahkan sebagai 'cepu lumba kuda'. Walau bagaimanapun dalam terjemahan 'Racing Club (Public Sweepstakes) Act 1965' perkataan 'sweepstakes' diterjemahkan sebagai 'ambil tagan' Adakah tepat menggunakan perkataan 'ambil' di hadapan perkataan 'tagan' atau adakah perkataan 'tagan' boleh berdiri dengan sendiri?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "sweepstake" diterjemahkan sebagai cepu lumba kuda.

"Tagan" pula bermaksud  wang (barang dan lain-lain) yang dipertaruhkan dalam perjudian, pertaruhan (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Perkataan "tagan" boleh berdiri sendiri atau menggunakan perkataan "ambil" di hadapannya.
Lain-lain14.02.2019
1234

Kembali ke atas