MENAIKTARAFKAN PINGGIRAN KOTA KUALA LUMPUR (GREATER KUALA LUMPUR) KEPADA BANDAR BERTARAF DUNIA. | MENAIKTARAFKAN KAWASAN KOTA KUALA LUMPUR (GREATER KUALA LUMPUR) KEPADA BANDAR BERTARAF DUNIA. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur (d) Bandar Raya Kuala Lumpur Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur Terima kasih. (d) Bandar Raya Kuala Lumpur | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
Bandaraya Kuala Lumpur atau Bandar Raya Kuala Lumpur atau bandaraya Kuala Lumpur atau ????? | Ejaan nama khas seperti yang telah didaftarkan ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. | Ejaan | 03.03.2014 |
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan alamat seperti di bawah. Perodua KL Main, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih | Padanan yang sesuai ialah Perodua Cawangan Utama Kuala Lumpur, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.09.2017 |
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan nama cawangan baru kami, Perodua KL. Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih | Cadangan nama yang sesuai untuk menyatakan maksud penubuhan bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb) ialah "Perodua Cawangan Kuala Lumpur" | Lain-lain | 09.10.2017 |
Apakah perkataan dalam bahasa inggeris untuk Hospital Kuala Lumpur? kekal sebagai Hospital Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Hospital? Bagaimanakah cara untuk membuat semakan terjemahan kata nama khas sebegini? | Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Hospital Kuala Lumpur merupakan kata nama khas di bawah kategori kata nama khas tak hidup. Nama khas dalam bahasa Melayu lazimnya tidak diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, melainkan dalam situasi atau konteks tertentu yang memerlukan nama khas ini diterjemahkan. Contohnya, penggunaan nama khas ini dalam teks bahasa asing, seperti penulisan artikel berbahasa Inggeris. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84 dan 85. | Makna | 04.02.2025 |
Cikgu, 1. Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur. 2. Saya tertarik kepada pemandangan malam di Kuala Lumpur. 3. Saya tertarik pemandangan malam di Kuala Lumpur. 4. Saya tertarik oleh pemandangan malam di Kuala Lumpur. Ayat yang manakah barulah betul? Saya fokus akan frasa "tertarik oleh/kepada/akan/tiada kata sendi nama pemandangan malam". | Ayat yang betul ialah "Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur." | Tatabahasa | 10.05.2014 |
Tuan, Bandar Raya Kuala Lumpur atau bandar raya Kuala Lumpur? | Yang betul dari segi penggunaan ialah Syukri tinggal di bandar raya Kuala Lumpur. Tetapi apabila merujuk kepada nama khas, perlu dieja dengan huruf besar. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 23.09.2013 |
bolehkah berselaput digunakan dalam conteks berikut: dia menanggalkan kasut yang berselaput dengan lumpur. atau yang berlumuran lumpur lebih sesuai? terima kasih. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 26.05.2010 |