Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing | 1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layang | Makna | 01.04.2014 |
Apakah padanan yang sesuai untuk 1.speed skating 2.short track speed skating? Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Padanan bahasa Melayu bagi speed skating ialah luncur laju. Pihak kami belum ada terjemahan istilah bagi short track speed skating. Padanan bahasa Melayu yang kami boleh cadangkan ialah luncur laju laluan pendek atau luncur laju landasan pendek. Sekian, terima kasih. | Istilah | 27.09.2017 |
Salam sejahtera, Tuan. Adakah perkataan-perkataan seperti berikut digunakan dalam bahasa Melayu? Sekiranya ada, apakah maksud dan cara penggunaan bagi perkataan-perkataan ini? Perkataan-perkataan adalah seperti berikut: 1. melenyekkan 2.berlepaskan 3.melesap 4.memperlihat 5.melinangkan 6.melolosi 7.melulus Dan adakah perkataan "lerak" dan "luncur" merupakan kata kerja? | Untuk melihat makna kata (jika ada) dan contoh penggunaannya dalam ayat, sila manfaatkan ruangan maya yang telah dibangunkan, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu melalui www.prpm.dbp.gov.my. Contohnya, perkataan melenyekkan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melenyekkan tidak ditemukan sebarang data mengenainya. Sila ulangi langkah yang sama bagi perkataan yang seterusnya. | Tatabahasa | 07.09.2016 |