Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lung;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tepatkah jika "collapsed lung" dipadankan dengan "paru-paru mengecut"?Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "collapsed lung" ialah paru-paru kempis.Istilah18.06.2022
Mohon dapatkan terjemahan "Green Lungs" dalam konteks kawasan hijau perhutanan di dalam bahasa Melayu. "Jantung Hijau" atau "Paru-Paru Hijau" agak janggal.Belum ada maklumat tentang Green Lung dalam bahasa Melayu. Perkataan Lung diterjemahkan kepada Paru-paru, berkemungkinan bukanlah merujuk paru-paru itu secara fizikal tetapi fungsinya sebagaimana penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Secara harfiah Green Lung diterjemahkan kepada Paru-paru Hijau sama seperti rumah hijau (green home) dan pasir hijau (green sand) yang telah digunakan dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan27.01.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mempunyai pertanyaan bagi terjemahan perkataan phthisiology. Phthisiology ialah Phthisiology is the care, treatment, and study of tuberculosis of the lung. It is therefore considered a specialisation within the area of pulmonology. The term derives from the designation by Hippocrates of phthisis meaning "consumption". Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan tersebut? Bolehkah ianya menjadi perkataan pinjaman: Fthisiologi?
Padanan terjemahan untuk istilah phthisiology ialah "ftisiologi".
Penyemakan dan penterjemahan15.01.2021
Apakah padanan yang sesuai untuk "apex predator" untuk ayat contoh di bawah: A sudden strike turns a location scout into a race against death and a personal trainer becomes the victim of an apex predator stalking the trails. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, definisi yang diberikan ialah: n 1. highest point, peak, puncak, mercu, kemuncak; (tech) mercu, puncak: the ~ of a mountain,puncak gunung; the ~ of a triangle,mercu segi tiga; 2. pointed end, apeks; (of tongue, leaf) apeks, hujung: the ~ of the lung, apeks paru-paru; the ~ of the heart, apeks jantung; the ~ of the tongue, hujung lidah; 3. end, edge, crest of mineral vein, apeks; 4. climax, mercu, puncak: he was at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Berdasarkan definisi di atas, mengikut pemahaman saya, "apex predator" merujuk kepada pemangsa yang berada di puncak piramid makanan. Mohon bantuan pihak Tuan/Puan untuk memberikan padanan yang sesuai mengikut konteks ayat contoh yang diberikan di atas. Terima kasih.Kami mencadangkan "apex predator" diterjemahkan sebagai "pemangsa puncak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.06.2022

Kembali ke atas