Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luntur (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan turun, berubah, bertukar, leta, maleh,

2. Dalam konteks semangat
bersinonim dengan hilang, lenyap, luput,

Kata Terbitan : melunturkan, kelunturan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQLuntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): <i>kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ i>tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): <i>keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan;i> 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): <i>kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; i>4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut.Makna07.02.2012
1.Sepakan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (AYAT betul atau salah) 2.warna baju Mira semakin luntur/lusuh selepas dicuci berulang kali. (Perkataan yang mana satu betul luntur atau lusuh) Diharap dapat jawapan segera.1Tendangan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (Penggunaan perkataan "tendangan" lebih gramatis).
2.  Warna baju Mira semakin luntur selepas dicuci berulang kali.
Tatabahasa20.05.2014
1.Adakah ayat yang berikut betul? Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing kencang. 2. Kosa kata yang mana satu betul? Warna kain langsir itu ( luntur, lusuh ) setelah dicuci beberapa kali.1. Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing dengan ligat.
2. Warna kain langsir itu luntur setelah dicuci beberapa kali.
Tatabahasa16.08.2015
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di bawah? Pak Cik Samsudin mengecat pagar rumahnya kerana warna cat itu telah _________ A)pudar B) luntur Adakah pudar jawapan yang paling tepat?Mengapa? 2) Beberapa orang murid sedang _______di atas pentas bersempena dengan Hari Kanak-Kanak. A) menyanyi B) bernyanyi Mengapakah jawapannya bernyanyi dan bukan menyanyi?Mohon jasa baik pihak tuan menerangkan dengan lebih lanjut.1) Pudar dan luntur, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2) Bernaynyi dan menyanyi, kedua-duanya membawa makna yang sama.
Tatabahasa21.07.2016
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih.1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur".

2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?"

3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan.

4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan.

5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan.

6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu."

7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang."
Perkataan "menepi ke" mengelirukan.

8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif.
Tatabahasa26.11.2014
apakah pengertian dan definisi bahasa rojak...asal- usul bahasa rojak dan sejarahnya.

Mohon rujuk bahan ini :

1.

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">
Bahasa asing dan bahasa rojak di tv kita1&Kata=Abu Ubaidah">Abu UbaidahDewan Masyarakat01/06/1998

2. 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">
Bahasa Rojak1&Kata=Zubaidi Abas">Zubaidi AbasPelita Bahasa01/05/2000
3. 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">
Bahasa Rojak di Malaysia dan Indonesia1&Kata=Mazlan Nordin">Mazlan NordinDewan Budaya01/05/2000
4. 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">
Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur1&Kata=Awang Sariyan">Awang SariyanDewan Masyarakat01/07/2004Terperinci
 Bahasa Rojak Perosak Bahasa Melayu?1&Kata=Nik Safiah Karim [diwawancara oleh Azrina Md. Zain]">Nik Safiah Karim [diwawancara oleh Azrina Md. Zain]Pelita Bahasa01/06/2004
Lain-lain15.07.2008
mengenai masalah bahasa rojak yang di gunakan di malaysia, bagaimana kah cara mengatasi nya? adkah ia memudaratkan bahasa melayu? atau menjatuhkan martabat bahasa melayu?

Sila rujuk bahan ini : 

1. Bahasa rojak jejaskan bahasa MElayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006.

2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004

3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004

4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004

 

Lain-lain18.01.2008
saya memerlukan kajian yang telah dijalankan untuk "penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar".

Untuk pertanyaan ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tugasan saudara. Saudara juga boleh merujuk bahan ini : 

1. Bahasa rojak jejaskan bahasa Melayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006.

2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004

3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004

4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004

Tatabahasa23.12.2009

Kembali ke atas