Mana satu ayat yang betul. "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan Cikgu Amran kepada murid-muridnya. atau "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan cikgu Amran kepada murid-muridnya. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama. Untuk makluman, ayat yang diberikan adalah betul. Walau bagaimanapun, ejaan yang betul ialah asal usul bukan asal-usul. | Tatabahasa | 09.11.2013 |
Apakah peribahasa yg menggambarkan kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yg diterima. Malah cubalah untuk membalasnya. | Peribahasa yang hampir ialah "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Makna | 04.07.2013 |
Apakah maskud 1 seperti tidak dapat ditanduk, telinga dipulas 2 mendongak ke langit jangan lupa rumput di bumi 3 diluah mati emak, ditelan mati anak Terima kasih | Untuk mendapatkan maksud berkaitan peribahasa tersebut, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain dan buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Apa beza HAFAL dengan INGAT? Adakah bezanya spt memorize dan remember? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ingat ditakrifkan sebagai masih ada dalam fikiran, tidak lupa:2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar 3. (dalam keadaan) sedar, siuman. Manakala hafal ialah sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan; | Tatabahasa | 12.10.2013 |
assalamualaikum bagaimana saya bole dapatkan artikel surat khabar dan majalah yang terdapat dalam laman web dbp?puas mencari tapi tak jumpa. sbb saya pernah terjumpa tetapi dah lupa. tq | Sila klik pada ruangan DBP Dalam Media untuk mendapatkan artikel surat khabar berkaitan DBP. | Lain-lain | 04.08.2007 |
Askm, 1. Kek coklat itu suka saya makan. (betul atau salah) 2. Baju kurung itu dijahit kakaknya. (betul atau salah) kalau betul, mengapa tiada “……dijahit oleh….” 3. Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam. (betul atau salah) 3.1 kalau betul apakah keterangannya. 3.2 kalau betul bagaimana hendak membezakan antara “janji temu” dengan “temu janji”. HARAP DAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN SECEPAT MUNGKIN UNTUK SAYA BERI PENJELASAN KEPADA MURID SAYA SEBELUM UPSR BERMULA. | 1. Ayat ini tidak gramatis, ayat songsang yang betul ialah kek coklat itu saya suka makan. 2. Betul kerana ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + Frasa Nama boleh digugurkan. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 489. 3. Ayat ini tidak gramatis kerana kata sendi nama tidak diikuti dengan farasa nama selepasnya. Perkataan yang betul ialah janji temu.
| Tatabahasa | 04.09.2012 |
berikan beberapa contoh kata kerja yang jika ditambah dengan imbuhan Men...i / di....i atau men..kan / di....kan maksud perkataan tersebut tidak berubah. Contoh, baik, berikan contoh yang lain | Contoh perkataan yang penggunaannya saling berganti tanpa membezakan ialah lupa. Sila rujuk Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 27.09.2007 |
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung? | Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. | Lain-lain | 29.03.2008 |
kenapa perkataan mengecamkan dipilih dan bukan mengecam sedangkan kedua-duanya sama maksud? | Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, mengecam ialah kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Mengecamkan pula ialah memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. harap maklum. | Makna | 02.07.2008 |
Apakah peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan apakah masalah yang timbul di kalangan masyarakat hari ini tentang penggunaan Bahasa Melayu | Memang banyak peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. Ini diterjemah dan dimanifestasikan dalam hala tuju DBP sendiri seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan dasarnya. Antaranya menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb. T.kasih. | Lain-lain | 12.07.2008 |