Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.sa] | لوسا

Definisi : hari sesudah esok; besok ~ a) besok ataupun lusa (dlm sehari dua ini); b) pd sesuatu masa kelak, lama-kelamaan, lambat-laun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.sa] | لوسا

Definisi : hari sesudah hari esok: Hari ini hari Isnin, ~ hari Rabu. besok ~ a. besok ataupun lusa. b. pd suatu masa kelak; lambat laun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lusa

Puisi
 

Besok hari Khamis,
     Lusa hari Jumaat;
Kalau hati kita bengis-membengis,
     Hidup kita tak selamat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

203

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara kata nama atau adjektif yang merujuk hari relatif, seperti esok, lusa, tulat, dan tubin, saya menemui entri cekelong (cĕ·kĕ·long) dalam kamus KBBI yang bermaksud "hari kelima setelah hari ini". Entri tersebut juga dilabel MBl yang bermaksud "dialek Melayu Belitung" dalam laman sesawang tersebut. Boleh lihat URL → https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/cekelong ● Carian saya di PRPM tidak menemukan cekelong. ● Adakah wujud padanan seerti untuk "hari kelima setelah hari ini"?​ Ataupun bolehkah cekelong dicadangkan supaya dimasukkan ke dalam entri PRPM?1. Tiada kata "cekelong" dalam Pangkalan Data DBP, khususnya dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Oleh sebab kata ini kata dialek dan penggunaannya dalam penulisan umum di Malaysia juga tidak diperoleh, maka perakaman kata ini dicadangkan disenaraikan dalam calon kata baharu untuk glosari/kamus dialek.
2. Tiada padanan bagi maksud tersebut.
3. Kata ini boleh dicadangkan dalam Saran Kata di Gerbang Kata, PRPM.
Lain-lain16.04.2023

Kembali ke atas