Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dimakan senjata, telap (oleh senjata), mempan; telut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lut
Rujuk :mempan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin mengetahui istilah garnet diterjemahkan dalam bahasa malaysiaIstilah garnet dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu yang bermaksud sejenis batu bernilai yg lut sinar, berwarna merah tua, hijau atau kuning, yg dijadikan sbg batu permata.Istilah18.06.2009
apakah maksud telap dan tiris?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang;Lain-lain01.07.2010
apakah maksud kata 'meragau' dan bermain acilut' (ms 100) antologi harga remaja, teks komsas Ting.4? tq

Perkataan "meragau" tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah "menggagau" iaitu meraba-raba dalam gelap atau mencari sesuatu dengan meraba-raba, manakala bermain aci lut bermaksud main sembunyi, iaitu sejenis permainan budak-budak atau cekup puyuh.

Makna09.02.2010
perbezaan antara cecair dan jellyBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb.Istilah03.02.2010

Kembali ke atas