Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tem­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) men­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut I

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Membuangkan nasinya yang tersaji di lutut.

Bermaksud :

Meninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah. nasi di lutut = untung baik, nasib orang yang berbahagia.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'pangkal lutut'? Saya tidak menemui maksud perkataan ini dalam kamus dewan. Perkataan ini ada digunakan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 SJK. terima kasih.Tidak ada maklumat tentang frasa "pangkal lutut" dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan "pangkal lutut" merujuk bahagian awal anggota badan berkenaan, mungkin juga bermaksud yang lain bergantung pada konteks penggunaannya.Makna06.03.2015
tuan menghidapi sakit lutut atau menghidapi sakit lutut? tqKata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap).Tatabahasa18.09.2011
Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. AidahSalam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah
Frasa "Nota Lutut" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam bidang penerbitan DBP menggunakan istilah seperti nota kaki, nota sisi, nota teks, nota hujung dan anekdot. DBP berpendapat istilah "anekdot" yang sedia ada dalam penerbitan yang merujuk pada "kisah yang ringkas tentang sesuatu kejadian kebiasaannya agak lucu" boleh digunakan untuk merujuk konsep "nota lutut". Selain itu, "catatan" atau "nota" juga boleh digunakan.  DBP akan mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan istilah ini daripada pihak yang berkenaan dan akan menghubungi puan.
Makna31.12.2013
bagaimana hendak membezakan pgunaan 'aras' 'tahap' dan peringkat.?1. Aras bermakna a) Had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat. Contoh ayat: Aras air sampai ke lutut dalamnya. b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Gombak naik satu meter. 2. Tahap bermaksud had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); Ia sinonim dengan peringkat; tingkat. Contoh ayat: Pemikirannya sudah sampai ke tahap yg begitu tinggi; 3. Peringkat bermaksud: a) Had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap. Contoh ayat: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa peringkat. b) Kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi.Makna29.06.2015
apakah ejaan sebenar untuk doti,dhoti atau doti?dhoti boleh diterimakah?Ejaan yang betul ialah doti yang bermaksud kain(biasanya berwarna)yang diikat di pinggang untuk menutupi bahagian atas dari lututEjaan03.03.2008
Apakah padanan terjemahan untuk istilah perubatan "Housemaid's knee" yang merujuk kepada Housemaids Knee also known as prepatellar bursitis or knee bursitis is a swelling of the bursa or small sack of fluid at the front of the knee. Terima kasihTerjemahan housemaid's knee ialah lutut pengemop, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Housemaid%27s+knee&d=228972&#LIHATSINI.Penyemakan dan penterjemahan26.11.2017

Kembali ke atas