Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.wes] | لووس

Definisi : tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan (dgn keadaan dll), dapat diubahsuai; keluwesan perihal (sifat dsb) luwes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luwes (adjektif)
Bersinonim dengan boleh dilentur, tidak ketat, fleksibel;,
Kata Terbitan : keluwesan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud LUWES ?Makna luwes ialah tidak terlalu ketat,mudah disesuaikan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal. 970. Makna30.01.2008
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih.Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan.Makna23.02.2008
1.Apakah definisi pahlawan? 2.Apakah definisi bahasa pengantar? 3.Apakah makna luwes?1. Pahlawan bermaksud orang yang gagah dan berani,pejuang yang gagah, perwira 2. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,seperti ilmu pengetahuan dll. 3. Luwes bermakna tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan(dengan keadaan),dapat diubah suaiMakna24.01.2007
APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBELIstilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes.Makna23.01.2007

Kembali ke atas