Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-13 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep meter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata m

Peribahasa

492

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Berani kerana benar, takut kerana salah

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man , but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut: 1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi 12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari 2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang 7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam 12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam Merujuk kepada pemenggalan di atas, '12.00 am - 12.59 am' bolehkah juga digunakan awal pagi atau pagi?Pemenggalan waktu:
i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59
iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59
Untuk makluman tuan, pemenggalan waktu ini telah mantap dan tidak ada perubahan tentang istilah yang digunakan.
Tatabahasa23.08.2015
'200m' atau '200 m'? (m = meter)Ejaan yang betul ialah 200 m.Ejaan24.04.2015
Assalamu'alaikum... Menurut rujukan PRPM, penggunaan istilah masa adalah seperti berikut: Pagi: 1.00 a.m.-11.59 a.m. Tengah hari: 12.00 p.m. – 1.59 p.m. Petang: 2.00 p.m. – 6.59 p.m. Malam: 7.00 p.m. – 11.59 p.m. Tengah malam: 12.00 a.m. – 12.59 a.m. Oleh itu, saya ingin mendapatkan kepastian, adakah istilah pukul 1.00 petang itu tidak wujud sebagaimana yang sering dipertuturkan oleh orang awam? Bagaimana pula dalam penulisan terutamanya karangan pelajar? Adakah dibenarkan atau perlu diperbetulkan? Terima, kasih.Salam sejahtera,

Pemenggalan masa yang betul ialah, 1.00 tengah hari. Perlu dibetulkan dalam penulisan karangan.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.05.2019
apakah ejaan huruf besar yang betul untuk penggunaan katanama "m-kerajaan"? Sama ada "M-Kerajaan" atau "m-Kerajaan" atau m-kerajaan? Contoh ayat: Penggunaan teknologi mudah alih menjadikan kerajaan mudah alih (m-kerajaan) satu komponen kerajaan elektronik (e-kerajaan) yang berkuasa, menyedia perkhidmatan yang lebih banyak dan lebih baik kepada rakyatPenggunaan huruf M atau m yang dirangkaikan kepada kata nama am atau khas setakat ini belum terdapat dalam pangkalan data bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penggunaan singkatan huruf e diikuti dengan tanda sempang (-) boleh digunakan bersama-sama dengan kata lain yang berkaitan dengan kandungan dalam bentuk digital atau sistem yang dilaksanakan secara dalam talian, contohnya e-ekonomi. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 556.Tatabahasa19.04.2024
Bagaimana penggunaan pangkat seperti D.I.M.P., A.M.N.,S.I.S,A.M.S adakah diletakkan sebaris bersama nama, seperti:- DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S ATAU diletakkan di bawah baris nama DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S

Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya ingin diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung (  ) serta disusun mengikut urutan darjah tertinggi. Namun, hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.

Lain-lain21.01.2020
apakah ejaan huruf besar yang betul untuk penggunaan katanama "m-government"? Sama ada "M-Government" atau "m-Government" atau m-government?Berikan padanan perkataan “m-government” dalam bahasa Melayu untuk kami bantu. DBP hanya menyemak perkataan atau ayat dalam bahasa Melayu.Tatabahasa16.04.2024
M.Affendy M.Sudin Assalamualaikum... sy cikgu SK Ayer Jerneh, Kemaman, Terengganu.. ingin memohon pihak DBP untuk perbanyakkan bahan grafik peka bahasa. Untuk makluman, saya menggunakan bahan grafik peka bahasa sebagai maklumat tambahan untuk murid-murid di sekolah. Ini kerana banyak maklumat yg cukup berguna dengan bahan grafik.. saya turut mewujudkan sudut peka bahasa di sekolah.. Diharap pihak DBP dapat mempelbagaikan lagi maklumat peka bahasa.. Jutaaan terima kasih diucapkan atas kerjasamaPihak kami maklum dengan cadangan tersebut dan akan dikemukakan pada pihak yang berkaitan.Lain-lain25.01.2017
assalamualaikum saya ingin tanya berkenaan kelulusan sah bahasa untuk papan iklan. saya ada syarikat PT MAMAM LEGACY. dan saya ingin meletakkan nama di sign board PORT M.A.M.A.M adakah diberikan kelulusan?
Berdasarkan Terma dan Syarat Pengesahan Bahasa Melayu dalam Iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka:
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengesahkan kandungan bahasa yang digunakan dalam iklan (papan iklan luar, iklan tiang, iklan elektronik, papan premis perniagaan, kain rentang, gegantung, poster, badan kenderaan, notis makluman dan pelabelan). Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam iklan mestilah betul dan tepat dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa serta sopan dan tidak mempunyai konotasi buruk. Pengesahan ini termasuklah pada nama kedai atau jenama keutamaan, selain semakan keterangan utama perniagaan dan keterangan tambahan lain sekiranya ada.
  • Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua jenama keutamaan (nama kedai, nama produk dan lain-lain yang berkaitan) dalam iklan, sama ada secara sendiri atau bersama dengan bahasa-bahasa lain kecuali bagi jenama khas perniagaan seperti TOSHIBA, SAMSUNG dan lain-lain.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan port membawa maksud pangkal atau hujung sesuatu saluran penghantaran yang digunakan dalam bidang komputer. Perkataan mamam pula tidak terakam dalam kamus. Oleh itu, nama kedai PORT MAMAM tidak dapat diluluskan oleh pihak DBP kerana tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul.


Lain-lain09.11.2021
pagi adalah dari 00.01-11.59 tengah hari adalah dari 12.00-1.59 ? petang dan malam pula macam mana? terima kasih

Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut:

1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi

12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari

2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang

7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam

12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam

Lain-lain12.11.2015
Bagaimanakah kita hendak menentukan perbezaan penggunaan tengah hari dengan petang, dan petang dengan malam? Contoh : 1 tengah hari atau 1 petang? 7 petang atau 7 malam?

Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut:

1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi

12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari

2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang

7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam

12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam

Tatabahasa28.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas