Bagaimanakah cara untuk batangkan suku kata bagi perkataan "makanan" dan ? Adakah "ma + kan + an" atau " ma + ka + nan" ? | Membatangkan suku kata makanan ialah ma.kan.an. manakala membatangkan mengikut sebutan ialah ma.ka.nan. | Ejaan | 24.10.2013 |
Salam, "makanan" dibatangkan "ma+ka+nan" atau "ma+kan+an"? | Jawapan yang betul ialah ma+ka+nan | Lain-lain | 30.03.2022 |
1. Di Istilah MABBIM ada perkataan "mare". Bagaimana hendak menyebutnya? [ma.re] atau [ma.ré]? 2. Bagaimana hendak menulis qamari dalam tulisan Jawi? | 1. [ma.ré]? 2. qaf mim ro ya | Lain-lain | 03.12.2014 |
Bagaimana mencerakinkan suku kata untuk perkataan berimbuhan berikut: makanan (ma+ka+nan atau ma+kan+an), mengatasi (me+nga+ta+si), mengekori (me+nge+ko+ri atau me+nge+kor+i) | Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, perkataan makanan disebut, [ma.kan.an], mengatasi [me.nga.ta.si], mengekori [me.nge.ko.ri].
| Tatabahasa | 04.05.2013 |
MA AUTO SDRVICE | 1. Sekiranya tuan ingin membuat permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. 2. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. 3. Log masuk setelah akaun diaktifkan. 4. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. 5. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 6. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. 7. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.
| Lain-lain | 04.08.2021 |
Saya ingin tahu adakah pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut betul: 1) harimau (ha-ri-ma-u) 2) memakai (me-ma-ka-i) 3) bagaimanakah (ba-ga-i-ma-na-kah) 4) balai (ba-la-i) 5) angpau (ang-pa-u) 6) haiwan (ha-i-wan) 7) sungai (su-nga-i) 8) pandai (pan-da-i) Saya harap pihak saudara tidak mengelirukan (penggalan suku kata) dengan (pemenggalan sebutan). Sebab apa yang saya ingin tahu adalah (Pemenggalan Suku Kata). Terima kasih. | (1) harimau (ha.ri.mau) (2) memakai (me.ma.kai) (3) bagaimanakah (ba.gai.ma.na.kah) (4) balai (ba.lai) (5) angpau (ang.pau) (6) haiwan (hai.wan) (7) sungai (su.ngai) (8) pandai (pan.dai) | Tatabahasa | 02.04.2018 |
Saya telah mengajukan kepada pihak DBP tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan "Malaysia". Tetapi jawapan yang saya terima adalah (fff). Bolehkah saya tahu apakah maksud jawapan itu? Adakah pemenggalan suku kata seperti berikut? 1. (Ma-lay-sia) 2. (Ma-lay-si-a) Terima kasih. | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi kedua pemenggalan suku kata bagi perkataan 'Malaysia" ialah [ Ma.lé.sia], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah ( Ma.lay.si.a) | Ejaan | 02.03.2018 |
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.la | Pemisahan suku kata yang diberikan adalah betul: makanan ma-kan-an sayur-sayuran sa-yur-sa-yur-an buah-buahan bu-ah-bu-ah-an beruang be-ru-ang bermain ber-ma-in membuang mem-bu-ang dia di-a laut la-ut siang si-ang bayaran ba-yar-an soal so-al buaya bu-a-ya tuala tu-a-la | Ejaan | 23.03.2012 |
Perkataan `Al’ di depan nama Arab Bagaimana mengeja nama orang Arab yang bermula dengan `Al’ dalam dua situasi. Contohnya: Al-Ma’mun. 1. Situasi di depan nama – Al-Ma’mun. Apakah huruf `A’ itu mesti huruf besar (bukan di permulaan ayat) seperti: Dalam kitabnya, Al-Ma’mun menjelaskan … 2. Situasi di tengah nama - Ishaq al-Junaidi. Apakah huruf `A’ itu ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar? 3. Apakah ejaan `al’ dikekalkan sekiranya terletak di depan perkataan Arab yang bermula dengan huruf d, n, r, s, dan t, seperti: ‘al-Duha’ atau `ad-Duha’? ‘al-Nisa’ atau 'an-Nisa’? ‘al-Ra’d’ atau `ar-Ra’d’? ‘al-Syu’ara’ atau ‘as-Syu’ara’? ‘al-Takwir atau ‘at-Takwir’’? `al-Zalzalah’ atau `az-Zalzalah’? *Apakah kemungkinan ejaannya kekal tetapi sebutan sahaja yang berubah? | Mengikut buku Gaya Dewan, ejaan "Al" untuk nama pada awal ayat, gunakan huruf besar. Contoh: Al-Makmun. Sekiranya di tengah ayat, gunakan huruf kecil. Contoh: Dalam kitabnya, al-Makmun mengatakan....Untuk nama Ishak al-Junaidi, gunakan huruf kecil. Ejaan "al" dikekalkan sekiranya terletak di hadapan huruf d, n, r, s dan t. Contoh: al-Duha, al-Ra'd, al-Nisa' dan sebagainya. | Ejaan | 20.12.2016 |
salam, cara baca yang betul bagi "permainan" ialah "per+ma+in+an" atau "per+ma+i+nan"? | Jawapan yang betul ialah [per.mai.nan] | Ejaan | 06.07.2021 |