Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maaf
Bersinonim dengan ampun, magfirat, belas kasihan;,
Kata Terbitan : bermaaf-maafan, memaafkan, kemaafan, permaafan, pemaaf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Selamat hari raya. Maaf, saya nakkan kepastian. Kebiasaannya, ucapan yang selalu kita dengar pada hari raya ialah "Maaf zahir dan batin". Tetapi saya ada terjumpa kad raya yang tercatat ucapan "Maaf lahir dan batin". Jadi persoalannya, betul atau tidak ucapan "Maaf lahir dan batin"? Terima kasihUngkapan yang lazim digunakan ialah  "Maaf Zahir dan Batin".Lain-lain23.04.2023
Sila semak samada ayat ucapan Hari Raya seperti berikut adalah betul. Salam Aidilfitri Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir Batin

Ayat tersebut betul untuk digunakan dalam laras ucapan/percakapan, tetapi jika  dalam bentuk tulisan/  teks     lebih baik ditulis seperti berikut: 

Salam Aidilfitri dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Lain-lain30.05.2017
Sudah adakah khidmat pustaka digital?

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada  Prof. dan Puan Ainon sekeluarga,

Khidmat pustaka digital sudah ada, terutamanya di IPTA dan institusi tertentu antaranya  Perpustakaan Negara  dan pustaka-pustaka ini boleh dicapai melalui laman sesawang institusi berkenaan.  Di DBP khidmat Pusat Rujukan Persuratan Melayu boleh dicapai melalui Laman Sesawang DBP.  

Lain-lain25.09.2009
Ini bukan soalan...hanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN pada semua warga kerja DBP...terima kasih yg tidak terhingga kerana banyak membantu selama ini...Balik kampung tu, berhati-hatilah..Semoga selamat sampai ke destinasi, pergi dan balik...Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54.Lain-lain26.08.2011

Kembali ke atas