Saya ingin bertanya.Apabila saya mencari maksud perkataan menggunakan laman sesawang DBP ini, saya ternampak perkataan istilah MABBIM,apa bezanya istilah MABBIM dan istilah yang ada di Kamus Dewan? | Saudara, Istilah MABBIM memberikan padanan bahasa Melayu bagi istilah khusus atau teknikal mengikut bidang tertentu. Kamus Dewan memberikan huraian atau takrifan atau makna bagi perkataan yang lebih bersifat umum. | Lain-lain | 11.09.2009 |
Apakah beza Istilah Malaysia dan Istilah MABBIM di laman web DBP? Dalam konteks apakah perbezaan istilah Malaysian dan istilah MABBIM digunakan? (Contohnya, adakan penggunaan terhad di Malaysia atau Indonesia dan sebagainya?) | Istilah MABBIM ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Mabbim,iaitu antara 3 negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan digunakan di ketiga-tiga negara. Istilah Malaysia ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Malaysia dan digunakan di dalam negara. | Istilah | 25.01.2007 |
intrusion utk makna di atas, mohon pencerahan kerana: dlm MABBIM - istilah Malaysia = penerobosan dlm istilah Malaysia (Kejuruteraan) = perejahan Soalan sy: 1. Kenapa penerobosan tiada dlm istilah Msia tetapi ada di dalam MABBIM - Malaysia? 2. Dari segi keutamaan, istilah Malaysia kemudian MABBIM? 3. Bagaimana kalau penerobosan dirasakan lebih tepat? Contoh ayat: A kick is an intrusion of unwanted fluids into the wellbore such that the effective hydrostatic pressure of the wellbore fluid is exceeded by the formation pressure. | Saya akan ajukan soalan ini kepada Bahagian Peristilahan. Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dihantar melalui e-mel. | Lain-lain | 09.06.2014 |
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Malaysia dan istilah MABBIM dalam hasil carian sesuatu perkataan dalam carian kata dan apakah perbezaan antara keduanya? | Istilah MABBIM ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Mabbim,iaitu antara 3 negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan digunakan di ketiga-tiga negara. Istilah Malaysia ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Malaysia dan digunakan di dalam negara. | Istilah | 01.11.2010 |
Antara Istilah Malaysia dengan Istilah MABBIM di prpm.gov.my: 1) Kumpulan istilah manakah yang digubal terlebih dahulu/Kumpulan istilah manakah yang digubal berdasarkan kumpulan istilah yang satu lagi? 2) Kumpulan istilah manakah yang lebih berwibawa dan diguna pakai secara baku dan mantap? Persoalan ini timbul kerana kedapatan padanan istilah yang berbeza antara yang dalam Istilah Malaysia dengan yang dalam Istilah MABBIM. | Untuk makluman, terdapat istilah Malaysia yang digubal dahulu sebelum digubal pada peringkat MABBIM dan ada yang digubal pada peringkat MABBIM dahulu sebelum digubal di Malaysia. Istilah MABBIM ialah istilah yang dipersetujui antara tiga negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Kedua-dua istilah MABBIM dan istilah Malaysia adalah baku dan boleh digunakan. Oleh itu, terpulang pada pengguna untuk memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 01.10.2012 |
Salam sejahtera, Antara Istilah Malaysia dengan Istilah MABBIM di prpm.gov.my: 1) Kumpulan istilah manakah yang digubal terlebih dahulu/Kumpulan istilah manakah yang digubal berdasarkan kumpulan istilah yang satu lagi? 2) Kumpulan istilah manakah yang lebih berwibawa dan diguna pakai secara baku dan mantap? Persoalan ini timbul kerana kedapatan banyak padanan istilah yang berbeza antara yang dalam Istilah Malaysia dengan yang dalam Istilah MABBIM. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, terdapat istilah Malaysia yang digubal dahulu sebelum digubal pada peringkat MABBIM dan ada yang digubal pada peringkat MABBIM dahulu sebelum digubal di Malaysia. Istilah MABBIM ialah istilah yang dipersetujui antara tiga negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Kedua-dua istilah MABBIM dan istilah Malaysia adalah baku dan boleh digunakan. Oleh itu, terpulang pada pengguna untuk memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 09.08.2012 |
Apakah maksud perkataan 'Langsangan'? | Langsangan merujuk kepada keagresifan (istilah MABBIM). Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang DBP dan cari istilah ini dalam laman carian spesifik MABBIM. | Istilah | 24.02.2009 |
Assalamualaikum, Apakah cara untuk lihat dokumen - dokumen yang menunjukkan kata sepakat yang berlaku dalam sidang - sidang MABBIM? | Waalaikumussalam, Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keputusan MABBIM, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan melalui talian 0321479160 (Puan Emyliza). Sekian terima kasih | Lain-lain | 19.02.2017 |
Selamat sejahtera, Saya ingin mengesahkan terjemahan untuk istilah 'deoxyribonucleic acid'. Dalam ruang Istilah MABBIM, padanan yang diberikan ialah 'asid deoksibonukleik' manakala dalam ruang Istilah Bahasa Melayu, padanannya ialah 'asid deoksiribonukleik'. Saya berpendapat berlaku kesilapan ejaan dalam Istilah MABBIM, dan beberapa penterjemah telah menggunakan istilah yang salah ini. Diharap pihak DBP dapat mengesahkan ejaan yang betul dan membuat pembetulan jika berlaku kesilapan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah asid deoksiribonukleik. Terima kasih atas pemakluman tersebut. | Istilah | 19.04.2018 |
Saya ingin bertanya, dalam PRPM, ada pilihan bagi "Istilah MABBIM" dan terdapat tiga lajur, Istilah Indonesia, istilah Brunei dan Istilah Malaysia yang keluar sekiranya ditekan. Persoalan saya: 1) Adakah "Istilah Indonesia" yang dimaksudkan itu ialah istilah daripada bahasa Indonesia (ISO: ind) yang merupakan pecahan bahasa Melayu (ISO:msa)? 2) Adakah Brunei menggunakan piawaian bahasa yang sama seperti Malaysia, iaitu menggunakan Bahasa Melayu Piawai (ISO:zsm)? 2.1) Jika bukan, adakah terdapat contoh yang berbeza antara istilah dalam BM yang digunakan di Malaysia dan Bruneu? SEKIRANYA kedua-duanya sama, mengapa diwujudkan lajur istilah Brunei? 3) Bolehkah terangkan apakah perbezaan bagi bagi bahasa Melayu (zlm) dan bahasa Melayu piawai (zsm)? Adakah bahasa Melayu (zlm) berbeza dengan (msa) ? Mohon jawapan bagi kesemua persoalan tersebut. Sudah lama ia berrada dalam benak fikiran saya. | Untuk makluman tuan, Istilah MABBIM terbina hasil daripada Sidang MABBIM. Anggota sidang telah bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Oleh itu, kita dapat lihat ada persamaan istilah antara ketiga-tiga negara dan ada juga istilah yang berbeza, dan kelazimannya Istilah Brunei dan Istilah Malaysia banyak persamaannya. Untuk orang awam cukup sekadar memilih Istilah Malaysia untuk digunakan dalam konteks negara kita. Khidmat Nasihat Bahasa tidak ada maklumat tentang piawaian bahasa Melayu Brunei serta perbezaan antara bahasa Melayu (zlm) dengan bahasa Melayu piawai (zsm). Melalui carian Internet tidak banyak maklumat tentang isu berkenaan dan Khidmat Nasihat Bahasa hanya menyalurkan maklumat sahih daripada rujukan kami. Hal-hal yang memerlukan kajian rinci dan kajian kepustakaan perlu dirujuk kepada pihak yang berwenang yang membuat kajian tentang isu-isu berkenaan. Untuk makluman tuan, hal ehwal Sidang MABBIM ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kajian tentang isu-iau bahasa Melayu ditangani oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, dan lebih banyak lagi dilakukan oleh universiti. | Lain-lain | 22.09.2020 |