kalau berbagai-bagai boleh disingkatkan menjadi pelbagai kenapa bermacam-macam tidak disingkatkan menjadi pelmacam? | Ejaan yang digunakan masih bermacam-macam atau macam-macam yang bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis dan berupa-rupa. | Ejaan | 15.02.2008 |
Tuan, mana satu yang betul? 1 macam manapun atau macam mana pun 2 mana-manapun atau mana-mana pun 3 dia bukan cantik manapun atau dia bukan cantik mana pun. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah macam mana pun, mana-mana pun dan dia bukan cantik mana pun. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal. | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
macam mana nak membesakan penggunaan sebanyak dan seramai. Contoh sebanyak 14 orang telah mati didalam keemalangan semalam. kenapa tidak gunakan seramai. ramai yang heboh kata banyak pada binatang dan ramai pada manusia. harap dapat penjelesan. | Ramai dan banyak boleh digunakan untuk manusia. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
macam mana nak eja perkataan "chassis" kenderaan dalam bahasa melayu?kerana perkataan "chassis"adalah perkataan inggeris..terima kasih. | Ejaan chassis ialah casis. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=casis. | Ejaan | 18.03.2013 |
Macam mana ejaan Gua Thur? | Tidak ada contoh penggunaan Gua Thur dalam pangkalan data kami, walau bagaimanapun ejaan tersebut boleh diterima berdasarkan sebutannya. | Ejaan | 09.03.2012 |
macam mana untuk menyemak bayaran di perkhidmatan? | Soalan saudara tidak jelas kerana kami tidak pasti apakah bayaran perkhidmatan yang dimaksudkan. | Lain-lain | 19.08.2011 |
macam mana cara untuk saya dapatkan alamat email Prof Dr Nik Safiah Karim?. saya pelajar PhD dlm bidang IT. sekarang saya sedang membuat kajian untuk menghasilkan rules atau rumus struktur frasa (RSF) BM. saya rujuk buku tatabahasa dewan 3 oleh Nik Safiah cthnya (Ayat=subjek+predikat, subjek=frasa nama/frasa kerja, frasa nama=kata nama+kata bantu)..ada tak rules RSF BM yang lebih detail? atau sesiapa yang boleh saya hubungi yang menganalisis tentang bahasa.. | YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim boleh dihubungi melalui alamat: Lot 2885, Jalan 6/71 B, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.07.2011 |
macam mana hendak bezakan antara ejaan yang memerlukan imbuhan per... dengan pe....?? | Antara panduan yang boleh digunakan untuk mentukan kata terbitan yang terhasil sama ada dengan awalan pe-... atau per-.... Lazimnya awalan pe-... membawa maksud pelaku, iaitu orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar seperti pekebun dan peguam. Awalan per-... pula lazimnya penanda makna alat atau tempat seperti perasap (tempat membakar kemenyan) dan perbara (tempat bara api). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 115. | Tatabahasa | 30.05.2011 |
MACAM MANA MENCARI PERIBAHASA DI LAMAN WEB DBP? | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/"www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 03.12.2010 |