Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
macam
1. Bersinonim dengan sekolah agama: pondok, pergirian,

2. Bersinonim dengan surau: masjid, langgar.,

Kata Terbitan : bermacam-macam, mempermacam-macamkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, mana satu yang betul? 1 macam manapun atau macam mana pun 2 mana-manapun atau mana-mana pun 3 dia bukan cantik manapun atau dia bukan cantik mana pun. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah macam mana pun, mana-mana pun dan dia bukan cantik mana pun.Tatabahasa08.05.2012
1. macam mana nak guna khidmat kamus DBP dan 2. khidmat penterjemahan bahasa malaysia ke Bahasa Inggeris Terima kasihKamus DBP boleh digunakan dengan membuka laman web DBP. Bagi mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210.Lain-lain08.08.2008
Assalamualaikum Pihak DBP, Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang manuskrip. 1. Macam mana saya hendak memastikan pihak DBP sudah menerima manuskrip saya? 2. Bolehkah seseorang penulis menghantar manuskrip kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang terdahulu menolak manuskripnya?

Assalamualaikum Saudara,

                 Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan didaftarkan dulu di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Penerbitan (SPMP). Pendaftaran ini memerlukan nama penulis, alamat dan nombor kad pengenalan penulis. Oleh yang demikian, penyerahan manuskrip ini hendaklah disertakan maklumat yang berkenaan. Sebaik sahaja manuskrip ini didaftarkan, salinan surat pendaftarannya akan kami hantar kepada saudara berserta surat rasmi menyatakan tindakan kami selanjutnya. 

                  Saudara boleh menghantar manuskrip ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya setelah manuskrip ini ditolak secara rasmi oleh DBP (atau mana-mana penerbit).  

 

Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. TK 

                  

Lain-lain06.07.2010
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
saya nak tanya macam mana nak membetulkan ayat -ayat tersebut ? 1) Apatah daya, aku hanya berpendapatan kecil. 2) bilakah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti sekolah. terima kasih atas tunjuk ajar

'Apatah daya, aku hanya berpendapatan kecil' dan 'Bilakah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti sekolah', kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

Tatabahasa12.04.2011
Sekadar bertanya, 1. Kenapa nama tempat Cyberjaya dan Putrajaya dicantum ? 2. Kenapa nama tempat Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak dicantum macam contoh di atas ?Dari segi ejaan, Cyberjaya dan Putrajaya sepatutnya dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, penamaan dan ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri /pihak berkuasa tempatan masing-masing.Istilah30.05.2010
saya ingin bertanya mengenai sardine atau ikan sardin apa perbezaan sardin dan sardine , betul kah ayat yang diguna : sardin keli...

Sardin - bahasa Melayu : 1. Sejenis ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~.

Sardine - bahasa Inggeris : sardin; be packed like ~s, macam sardin: commuters, at peak hours, are packed like ~s in the carriages, pd waktu-waktu yg paling sibuk, penumpang-penumpang macam sardin dlm kereta api.

Jika mengikut takrif di atas, frasa tersebut menjadi salah. 

Makna09.04.2009
1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah) dengan suara penjual yang ingin menarik perhatian pengunjung. Jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah hingar-bingar. Bukankah kedua-duanya sama makna? Atau hingar-bingar lebih baik? Sila bantu. 2. Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat RENCAM kerana dicampurkan pelbagai macam bahan. Penggunaan RENCAM dalam ayat ialah KATA ADJEKTIF. Betul? Menurut Kamus Dewan: makanan yg RENCAM: makanan yg terdiri drpd pel

1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah). kedua-duanya betul, merujuk Kamus Dewan hingar-bingar sama maksud dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk.

2. Ayat "Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat rencam" kurang tepat.  Isunya di sini bukanlah golongan kata dalam ayat tersebut. Kata adjektif atau frasa adjektif boleh menjadi predikat atau penerang dalam ayat. Isu yang lebih ketara ialah makna kata yang menerangkan sesuatu tentang subjek dalam ayat tersebut. Lazimnya apabila kita menerangkan tentang sesuatu masakan itu ialah sifatnya sama ada sedap, pedas, manis dan sebagainya. Rencam bermaksud terdiri daripada bermacam-macam atau berbagai-bagai dan penggunaan rencam kurang tepat dalam ayat ini. 

Tatabahasa20.06.2011
jawapan yang macam mana perlu kami berikan untuk soalan dibawah: 1. sistem pendidikan kebangsaan memasyarakatkan satu malaysia. 2. kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan tamadun malaysia. untuk soalan kedua, bolehkah kami jawap soalannya seperti berikut topik: seks rambang, kemudian terdapat lima bahagian, iaitu 1. politik(imej negara), 2. pendidikan(kegagalan), 3. sosial(masyarakat), 4. jenayah(pembuangan bayi), 5. agama(peganagan agama yang tidak kuat)

Soalan esei lazimnya mempunyai skema jawapan yang telah ditentukan. Sila berbincang dengan pensyarah untuk dapatkan skema jawapan. Soalan saudara di luar skop perkhidmatan yang kami berikan. Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah berkaitan penggunaan bahasa Melayu antaranya termasuklah Ejaan Rumi dan jawi, Perkataan dan Istilah serta Tatabahasa.

Lain-lain23.01.2011
minuman = mi + nu + man hadiah = ha + diah pertukaran = per + tu + ka + ran yang ditulis di atas tu ialah suku kata ke? ada orang cakap patut tulis macam ini:- minuman = mi + num + an hadiah = ha + di + ah pertukaran = per + tu + kar + an jadi macam mana ni?Pemisahan suku kata yang betul adalah seperti yang berikut:
1. mi-num-an
2. per-tu-kar-an
3. ha - di - ah

Sebutan yang betul adalah seperti yang berikut:
1. mi-nu-man
2. per-tu-ka-ran
3. ha-diah
Ejaan04.10.2013
1234

Kembali ke atas