Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memberikan + benda yang tak bernyawa / memberi + benda bernyawa kalau macam itu,memberikan makanan kepada ikan atau memberi makanan kepada ikanContoh ayat yang betul untuk perkataaan "memberikan" dan "memberi":

1.  Ali memberikan makanan kepada ikan (memberikan + benda tidak bernyawa (makanan))
2.  Ali memberi ikan makanan ( memberi + benda bernyawa (ikan)
Tatabahasa08.08.2016
"selamat pagi, boleh saya tahu kenapa "hari kemerdekaan" tidak perlu tulis dengan huruf besar?...dan adakah sekarang perenggan satu dalam setiap petikan tidak perlu kosong di ayat pertama?buku teks tahun satu semua macam itu, adakah ini format baru?"Untuk makluman, ejaan yang betul ialah Hari Kemerdekaan. Dalam penulisan, perenggan pertama ditulis disantak sebelah kiri. Perenggan pertama merupakan perenggan konsep yang mengandungi idea utama.Tatabahasa14.10.2013
Di Mahkamah ada proses 'plea' atau 'pengakuan' tertuduh apabila didbaca pertuduhan kepadanya samada dia mengaku keatas pertuduahan itu atau tidak, kalau dia tak mengaku bersalah dalam bahasa Inggeris di sebut "pleaded no guilty" dalam bahasa Melayunya "tidak mengaku bersalah" tetapi mengapa akbar melaporkan sebagai "mengaku tidak bersalah" dan ini sudah menjadi penerimaan umum. Setahu saya terjemahan mestilaah mengambil susurgalur bahasa Melayu bukan boleh "direct" terjemah macam ituUngkapan bahasa Inggeris yang digunakan ialah 'pleaded not guilty'. Terjemahan 'not guilty' ialah tidak bersalah. Oleh itu 'pleaded not guilty' diterjemahkan sebagai mengaku tidak bersalah.Penyemakan dan penterjemahan19.12.2007
Tuan, saya difahamkan oleh buku Tatabahasa Dewan bahawa awalan pinjaman poli- memberikan pengertian 'banyak', jadi saya ingin menanyai tuan bahawa adakah saya boleh mengatakan perkataan seperti 'polikegunaan' yang bermaksud 'banyak kegunaan‘? Walaupun kosa kata ini tidak dicatat di dalam mana-mana kamus, tetapi bolehkah saya membina perkataan ini dengan maksud awalan poli- ini? Jika tatabahasa membenarkan saya berbuat demikian, maka perkataan seperti polikerja rumah, polimakanan, polibarang niaga, polifikiran negatif, polipilihan juga boleh dikatakan sebagai maksud banyak kerja rumah, banyak barang niaga, banyak fikiran negatif dan banyak pilihan lah? Bolehkah macam itu?Awalan poli- ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum kata "banyak" yang digunakan bagi menerangkan maksud jamak. Tidak tercatat dalam mana-mana buku sebagai satu kesalahan apabila kita menggunakan awalan poli- bagi menggantikan kata jamak, cuma bentuk itu tidak produktif dalam bentuk kata umum. Ada baiknya cadangan tuan ini dikemukakan kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan bagi mengesahkan taraf penggunaan bentuk kata tersebut sama ada gramatis atau sebaliknya.Tatabahasa13.11.2014
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011
Bekas graduan: Macam mana seseorang itu boleh jadi "bekas graduan". Adakah istilah ini betul kegunaannya. Mohon pencerahan.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), graduan bermaksud seperti yang berikut:

graduan kata nama
1 pelajar institusi pengajian tinggi yang akan menerima sijil, diploma atau ijazah pada hari konvokesyen;
2 orang yang lulus dan memperoleh ijazah daripada institusi pengajian tinggi: Universiti tempatan mengeluarkan lebih banyak graduan jurusan sastera berbanding sains.

ASAL: [daripada bahasa Inggeris graduand daripada bahasa Latin graduandus]

Penggunaan "bekas graduan" adalah tidak tepat dari segi semantik atau maknanya.
Makna31.10.2023
Saya keliru tentang ayat di bawah: Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah @ adalah) rajin macam lebah. Setahu saya, adalah hadir di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama, rajin merupakan kata adjektif, maka jawapan yang betul sepatutnya apa? Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah rajin macam lebah.
Rajin macam lebah ialah peribahasa dan satu rangkai kata bukan kata adjektif yang tunggal.  Peribahasa pula tergolong dalam kata nama. Ayat ini boleh menjadi lebih jelas apabila ditulis "Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah peribahasa "rajin macam lebah".  Contoh ayat yang menggunakan pemeri "adalah" yang diikuti dengan kata adjektif ialah: Perbuatan yang dilakukannya itu adalah salah.
Lain-lain10.03.2017
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. 

Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”.

Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my

Tatabahasa12.03.2024
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
123456789

Kembali ke atas