kalau berbagai-bagai boleh disingkatkan menjadi pelbagai kenapa bermacam-macam tidak disingkatkan menjadi pelmacam? | Ejaan yang digunakan masih bermacam-macam atau macam-macam yang bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis dan berupa-rupa. | Ejaan | 15.02.2008 |
Pihak kami banyak menggunakan istilah "reten" yang mengambarkan kutipan data (data collection) daripada maklumat - maklumat kesihatan. sebagai contoh kehadiran pesakit di klinik, pesakit yang demam, pesakit yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi lebih 140/90 dan macam - macam lagi. Jadi saya ingin bertanya adakah terdapat istilah ini. dalam bahasa inggeris juga tiada sepanjang carian saya. Istilah ini amat meluas digunakan dalam garispanduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan. Justeru mohon panduan daripada pihak tuan sama ada istilah ini ada atau ada istilah lain yang wajar digunakan. namun perubahan mungkin sukar kerana istilah ini telah bertunjang didalam komuniti KKM. sekian, terima kasih | Untuk makluman pihak tuan, semakan dalam pangkalan data DBP tidak menemukan perkataan ini. Perkataan reten berkemungkinan terbentuk daripada serapan perkataan bahasa Inggeris retain melalui kaedah penyesuaian ejaan, seperti pola perkataan captain - kapten. Namun demikian, berdasarkan konteks penggunaan dalam bidang perubatan, konsep yang lebih tepat adalah merujuk kepada perkataan retention. Walau bagaimanapun, padanan bagi istilah retention dalam bahasa Melayu ialah simpanan; penyimpanan; penahanan; retensi, bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang Perubatan. Pihak kami juga telah mendapatkan maklum balas daripada pakar bidang perubatan.
| Lain-lain | 29.08.2025 |
Tuan, mana satu yang betul? 1 macam manapun atau macam mana pun 2 mana-manapun atau mana-mana pun 3 dia bukan cantik manapun atau dia bukan cantik mana pun. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah macam mana pun, mana-mana pun dan dia bukan cantik mana pun. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal. | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Macam mana translate "readily biodegradable" & "formulated with plant based surfactants" to bahasa melayu? Is it "mudah terbiodegradasikan" & "dirumus dengan surfaktan berasaskan tumbuhan" ? | Kedua-dua padanan bahasa Melayu ini betul bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2024 |
macam mana cara nak dapatkan kelulusan banting dari dewan bahasa pustaka untuk submit ke majlis? | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online). | Lain-lain | 20.07.2022 |
Macam mana nak buat pengesahan bahasa untuk visual iklan kedai | 1. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 23.03.2022 |
Macam mana saya nak hantar contoh banner kedai saya sebab saya nak mohon lesen | Untuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan puan melalui laman web DBP SahBahasa www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 13.01.2022 |
Macam mana nak memohon jawatan di DBP setelah isi borang permohonan jawatan itu? | Permohonan jawatan kosong yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat yang berikut: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. (u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) | Lain-lain | 22.09.2020 |
MACAM MANA SAYA NAK BAGI LAKARAN KEDAI DOBI SAYA | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Visual iklan perlu ditaip dan disimpan dalam format jpeg. atau gif. menggunakan komputer. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 15.06.2020 |