Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer 2. Festooning Machine 3. Tobacco Kiln 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine 5. Tape Layering Machine 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer – Penghomogen Dounce Makmal 2. Festooning Machine – Mesin Pemfestunan 3. Tobacco Kiln – Tanur Tembakau 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine – Mesin Pemotong Alas Permaidani Tegak 5. Tape Layering Machine – Mesin Pelapisan Pita 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine- Mesin Bentuk Alas Permaidani Ikat Semula 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine – Mesin Penyemperitan Alas Permaidani Getah | Istilah | 27.05.2016 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1) Gap Bed Lathe 2) Servo-Slide Cut Off Lathes 3) Spline Rolling Machine 4) Chamfering & Deburring Machine 5) Gear Hobbing Machine Sekian, terima kasih. | 1) Gap Bed Lathe - Pelarik Landasan Boleh Laras 2) Servo-Slide Cut Off Lathes - Pelarik Potong Gelangsar Servo 3) Spline Rolling Machine - Mesin Gelugur Guling 4) Chamfering & Deburring Machine - Mesin Penyerongan dan Penyahgerigis 5) Gear Hobbing Machine - Mesin Pengehoban Gear | Istilah | 12.01.2016 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. Weight Stacks Pro Style Dumbbells Hex Style Dumbbells Tricep Bar EZ Curl Bar Flat Bench Hyper Extension Bench Preacher Bench Arm Blaster Abdominal Bench Leg Press Machine Hack Squat Machine Leg Curl Machine Chin Up /Dipping Bars Squat Rack Leg Abduction Machine Lat Pull Down Machine Pec Deck Machine Treadmills Elliptical Trainers Adaptive Motion Trainers Stepmills Stationary Rowers Chest Press Machine TRX Suspension Training Incline Barbell Bench Press Supine Pec Flys Depth Push-Ups Decline Push-Ups Smith Machine Bench Press Machine Vertical Chest Press Standing Hammer Curl Preacher Curl Machine Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Dairy washdown pump 2. Wool Willowing Machine 3. Wool Roving Machine | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Dairy Washdown Pump - Pam Cuci Bersih Tenusu 2. Wool Willowing Machine - Mesin pembersihan Bulu Biri-biri 3. Wool Roving Machine - Mesin Pintal Kasar Bulu Biri-biri | Istilah | 16.03.2016 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. 1) Weight Stacks, 2) Pro Style Dumbbells, 3) Hex Style Dumbbells, 4) Tricep Bar, 5) EZ Curl Bar 6) Flat Bench 7) Hyper Extension Bench, 8) Preacher Bench, 9) Arm Blaster, 10) Abdominal Bench, 11) Leg Press Machine, 12) Hack Squat Machine, 13) Leg Curl Machine, 14) Chin Up /Dipping Bars, 15) Squat Rack, 16) Leg Abduction Machine, 17) Lat Pull Down Machine, 18) Pec Deck Machine 19)Treadmills, 20) Elliptical Trainers, 21)Adaptive Motion Trainers Stepmills, 22) Stationary Rowers, 23) Chest Press Machine, 24) TRX Suspension Training, 25) Incline Barbell Bench Press, 26) Supine Pec Flys, 27) Depth Push-Ups, 28) Decline Push-Ups, 29) Smith Machine Bench Press, 30) Machine Vertical Chest Press, 31) Standing Hammer Curl, 32) Preacher Curl Machine, 33) Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "machine infeed"? Adakah "infeed mesin" boleh digunakan? Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, infeed machine tidak boleh digunakan sebagai terjemahan bagi perkataan machine infeed. Pihak kami tidak dapat memberikan terjemahan yang tepat kerana konteks penggunaan ayat tidak diberikan. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan penggunaan perkataan yang lebih hampir maksudnya, iaitu mesin suapan kerana feed membawa maksud suapan. Hal ini disebabkan dalam istilah kami terdapat frasa feed system yang diterjemahkan sebagai sistem suapan dan pressure feed oil system dengan terjemahan system suapan tekanan. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.10.2017 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan istilah terjemahan yang sesuai bagi yang berikut: 1. Shrink wrap 2. Stretch wrap 3. Bundling machine Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih. | 1. Shrink wrap - lelilit kecut (cadangan) 2. Stretch wrap - lelilit regang (cadangan) 3. Bundling machine - Bundling machine Terjemahan yang kami cadangkan boleh digunakan, jika bersesuaian dengan konsep penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2015 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya tuan dapat berikan terjemahan yang sesuai bagi istilah berikut: 1. Blind Spline Broaching Machine 2. Drift Spline Broaching Machine Sekian , terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan bagi istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Blind Spline Broaching Machine - Mesin Penebukan Gelugur Buta 2. Drift Spline Broaching Machine - Mesin Penebukan Gelugur Hanyut | Istilah | 10.02.2016 |
TEKA WASHING MACHINE IN ALL GREAT SMALL MOMENTS | Soalan tidak difahami. Sila hantar semuala soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 24.07.2014 |
Apakah istilah dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan "Reverse Vending Machine" | Terjemahan yang sesuai bagi Reverse Vending Machine ialah Mesin Layan Diri Balikan | Makna | 23.06.2020 |