Tuan, manakah ejaan yang betul? "Macho" atau "Maco"? Kerana perkataan Macho ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan yang betul ialah maco. Dalam Kamus Dewan "maco" ditanda dengan bp, iaitu bahasa percakapan. Oleh itu, perkataan ini tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam penulisan. | Ejaan | 25.09.2012 |
Tuan, sila rujuk lampiran. Terima Kasih. | Tahniah atas usaha tuan menggunakan Kamus Dewan bagi memastikan penggunaan kata yang baik. Dan sebagai pengguna kamus kita perlu tahu label yang digunakan pada entri kamus. Dalam Kamus Dewan perkataan macho diikuti tanda arah perkataan maco. Maka kita perlu merujuk perkataan di depan tanda arah, iaitu maco. Perkataan "maco" dilabelkan sebagai "bp", iaitu bahasa perckapan. Jika dilihat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan perkataan macho juga diberi label colloq (colloquial). Kolokial atau bahasa percakapan tidak digunakan dalam konteks rasmi. Dan iklan meruapakan ranah rasmi yang boleh menjadi penanda aras kebakuan bahasa yang digunakan. | Istilah | 27.09.2012 |
Tuan, bolehkah perkataan "kemachoan" digunakan? Dalam konteks sifat macho seorang lelaki. Cth. "Kemachoan lelaki itu terserlah". Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan "maco" dilabelkan sebagai bp, iaitu bahasa perckapan. Oleh sebab itu, perkataan "maco" atau "kemacoan" tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi dan tidak boleh digunakan. | Makna | 18.09.2012 |
Saya ingin bertanya apakah definisi macho dalam konteks dewan bahasa dan pustaka? | Ejaan yang betul dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah 'Maco' yang bermaksud: tampak sifat kelelakiannya sama ada dari segi penampilan, perawakan dan sebagainya. | Makna | 20.06.2009 |